SYUKUR!! KERUSI RODA BAGI MURID YATIM, CACAT
Published byPENGALAMAN melalui zaman susah sehingga berjaya menjadi seorang yang hebat dengan mendapat pendidikan ke peringkat ijazah falsafah kedoktoran (PhD) mendorong pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Rajwani Mohd Zain tidak perlu berfikir panjang, terus menderma kerusi roda untuk seorang murid anak yatim dan cacat yang sangat memerlukan bantuan itu. : KitaReporters
Semoga kerusi roda ini memudahkan pergerakan pelajar ke sekolah menimba ilmu.
Dr Rajwani berkata sebaik membaca nota dalam Facebook Presiden Persatuan Alumni Institut Latihan Kemahiran (ILKBS) Belia dan Sukan, Samsuddin Oli Mohamed, dia sangat sebak dan terus menghubungi pembekal menempah kerusi roda untuk dihantar kepada pelajar itu dengan segera.
"Ini kerana saya faham kedudukannya kerana saya juga berasal dari keluarga susah dan saya juga ada penyakit," katanya.
Dr Rajwani Mohd Zain
Sebelum itu, seorang pembaca portal KitaReporters menghubungi Samsudin Oli untuk memohon bantuan mendapatkan kerusi roda bagi anak saudaranya yang berjalan menggunakan tangan dan kakinya selepas pembedahan pada tumitnya ketika kecil.
Sebelum ini, Samsudin Oli berjaya membantu menyelesaikan kesuliatan empat pelajar Sarawak yang terkandas di Kelantan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020.
Dr Rajwani yang juga Pengarah Bahagian Perkhidmatan Dan Kebajikan Pelajar HEP UUM yang pertama memberi komen selepas melihat nota berkenaan dipaparkan di Facebook.
Dalam masa beberapa hari saja, semua urusan tempahan dan pembelian kerusi berkenaan selesai.
"Bila saya dapat tahu keadaan adik ini menggunakan stokin pada tangan untuk bergerak, hati sangat tersentuh.
"Dia masih muda, perjalanan hidupnya masih panjang.
"Saya pernah melalui hidup susah dan tahu sangat, betapa sukarnya menjalani kehidupan normal bila kita sendiri mengalami penyakit.
"Dengan sedikit kemampuan yang ada sekarang, tak perlu fikir panjang selepas ditunjukkan gambar dalam WhatsApp terus saya hubungi pembekal kerusi roda untuk mendapatkan satu set.
"Saya sangat bersyukur dapat membantu," katanya.
Dr Rajwani menyifatkan bantuannya sangat tapi sedikit dan berharap sedikit membantu pelajar itu terus menimba ilmu.
KitaReporter sangat menghargai bantuan itu kerana sudah hampir 10 tahun pelajar ini menderita berjalan dengan cara yang sukar dan usaha bersama ini memberi motivasi kepada anak yatim itu untuk mengejar ilmu membaiki masa depannya.
Beliau berkata pelajar itu mengingatkan latar belakangnya yang melalui pelbagai halangan dan cabaran sejak kecil yang terpaksa menjadi lebih dewasa daripada usia sehingga berjaya mengejar cita-citanya mendapat ilmu sehingga ke menara gading.
kersui
Nasib anak yatim piatu
Sebelum ini, murid Sekolah Kebangsaan Sanglang (SKS) Perlis terpaksa menggunakan kedua-dua belah tangannya untuk berjalan di dalam dan luar rumah.
Ibu saudaranya berkata anak saudaranya itu terpaksa menggunakan tangan untuk bergerak kerana tidak boleh berdiri dan berjalan seperti biasa sejak melakukan pembedahan tumit ketika kecil.
"Saya menjaganya sejak berusia setahun lapan bulan selepas kematian ibunya akibat kencing manis sepuluh tahun lalu," katanya.
Ibu saudara itu berkata arwah abangnya telah menyerahkan anaknya itu untuk dijaganya kerana dia juga tidak mampu menguruskan anaknya itu.
Di sekolah, murid ini mudah bergerak kerana disediakan kerusi roda khas untuk kegunaannya tetapi selepas sesi persekolahan, kerusi roda itu terpaksa diserahkan semula kepada pihak sekolah.
Oleh itu, ibu saudara pelajar berkenaan telah menghubungi wartawan KitaReporters untuk mendapatkan kerusi roda bagi kegunaan anak saudaranya.
Walaupun berusia 12 tahun, murid ini juga terpaksa menggunakan lampin pakai buang kerana tidak dapat menguruskan diri sendiri.
Pengurusan diri seperti makan, minum dan memakai baju boleh dibuatnya tetapi masih tidak tahu untuk menguruskan diri ketika membuang air besar dan kecil.
Pergerakan murid ini terutama sepanjang cuti PKP juga terhad kerana tidak dapat bergerak sepenuhnya.
"Oleh itu, saya amat berharap rakyat Malaysia dapat memberi bantuan untuk memudahkan pergerakan anak saudara saya ini," katanya ketika dihubungi.
Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban membeli lampin pakai buang dan barangan keperluan untuk anak yatim tersebut, bolehlah menghubungi talian 0124729890 (Nor Anisah Che Johari). - KitaReporters.com