BAPA mana sanggup melihat anak dalam kelaparan walaupun diri sendiri kebuluran. Demi si kecil itu apa sahaja sanggup dilakukan. Mungkin itu perkataan paling sesuai digambarkan seorang bapa muda yang sanggup ’meletakkan’ ego sebagai seorang lelaki demi memastikan anaknya tidak kelaparan. : KitaReporters

BAPA muda ini yang terpaksa menjual tudung milik isterinya semata-mata mahu membeli susu dan lampin anaknya menjadi tular selepas dikongsikan oleh netizen baru-baru ini. - Kredit foto: FB Penang Kini.


Kemuliaan seorang bapa muda itu menjadi tular selepas seorang pengguna facebook, Alin Tahrin yang ternampak seorang lelaki yang mencuba nasib untuk menjual tudung milik isterinya di bahu jalan di Stesen Minyak Petronas Sebarang Jaya, baru-baru ini.

Alin kemudian berkongsi kisah tersebut dengan memuat gambar dan menulis status dalam facebook milik peribadinya.

Malah, dia menyarankan orang ramai membantu bapa muda tersebut dengan membeli tudung yang dijual kerana menganggap perbuatan itu boleh meningkatkan pahala berganda ketika Ramadan ini.

Menurut Alin, bapa muda berkenaan yang dipercayai menetap di Pulau Pinang terpaksa menjual tudung di bahu jalan di Petronas Seberang Jaya semata-mata mahu membeli susu dan lampin pakai buang untuk anaknya.

SEMOGA ada rezeki untuk bapa muda yang dalam kesusahan itu. - Kredit foto: FB Alin Taharin


Menerusi gambar yang dimuat naik, dapat dilihat sehelai kertas yang bertulis: 

“Saya jual tudung sebab nak beli susu dan lampin pakai buang (untuk) anak” yang dikepilkan pada sebuah motosikal di tepi bahu jalan.

Kasihnya seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya!

SubhanaAllah… mungkin terdesak dia sanggup melakukan!

Walaupun lelaki yang menjualnya tidak kelihatan dengan jelas dalam gambar, namun, netizen pastinya dapat merasai kesusahan yang dialaminya sehingga terpaksa menjual tudung pada saat cuaca panas terik sebegitu.

Perkongsian yang cukup bermakna itu meraih perhatian netizen apabila ramai sudi membantu lelaki berkenaan malah ada bertanyakan nombor akaun banknya.

Tidak dinafikan, sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan rakyat Malaysia turut menerima kesan buruknya terutama dari segi ekonomi.

KASIHNYA bapa sepanjang masa...  sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya.


Pelbagai kisah sedih sepanjang tempoh ini berlaku antaranya yang terpaksa diberhentikan kerja, tidak dibayar gaji sepenuhnya dan banyak lagi situasi yang menyayat hati serta membimbangkan.

Mungkin, hal itulah yang terjadi kepada lelaki berkenaan juga yang memiliki ‘cerita sendiri’ sehingga terpaksa melakukan.

Namun yakinlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.

Semoga dengan pendedahan ini mampu meringankan beban bapa muda itu kerana mungkin hari ini kita yang menolongnya dan suatu hari nanti ada tangan ghaib lain yang menghulurkan bantuaan di saat kita dalam keperitan. - KitaReporter

5
3
11
0
0

Copy Link: