SELEBRITI sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, 34, menangis gembira apabila dijatuhkan hukuman lebih ringan bagi membolehkan dirinya tetap boleh menjalani kehidupan sebagai manusia bebas. Ini kerana walaupun Majlis Hakim, Mahkamah Negeri Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan, namun Nikita tidak perlu masuk ke penjara. : KitaReporters

Nikita mendengar keputusan hakim di Mahkamah Negeri Jakarta Selatan. - Kredit foto; Detik.com


Bagaimanapun Nikita akan dimasuk ke penjara jika melakukan perkara yang ‘membahayakan’ dalam tempoh percubaan selama 12 bulan.

Majlis Hakim yang diketuai Hariyadi, pada Rabu, 15 Julai 2020 lalu, menghukum Nikita Mirzani yang terbukti secara sah dan meyakinkan bersalah melakukan tindakan penderaan terhadap bekas suaminya Dipo Latief atau Ahmad Dipo Ditiro, 47.

Perbicaraan kes ini bermula sejak Februari 2020. 

Dipo mengemukakan dakwaan bahawa dia dibaling dengan bekas abu rokok dalam pergaduhan dalam rumah pada hujung tahun 2009.

Sebaik Majlis Hakim mengumumkan keputusan itu,  air mukanya bertukar merah dan air mata mengalir dari kelopak mata Nikita dan bersyukur kerana menerima hukuman ringan.

Nikita menangis setelah menerima hukuman yang mengembirakannya. - Kredit foto; Kompas.com


Nikita sebelumnya sudah menyiapkan kemungkinan bakal dipenjara dengan menyerahkan hak asuh kepada teman baiknya, Fitri Saihuteru untuk menjaga tiga anaknya,  Laura Mirzani, 13; Azka Raqila, 6; dan Arkana Mawardi, hampir setahun, hasil perkahwinan dengan Dipo.

Perkahwinan dengan Dipo (2018-2019) adalah perkahwinan ketiga bagi Nikita.

Dipo adalah seorang pengusaha bertaraf jutawan, sementara ayahnya Abdul Latief adalah bekas Menteri zaman Presiden kedua, Soeharto.

Nikita dan Dipo ketika menjadi suami steri. - Kredit foto: Tribune News.com


Nikita menarik perhatian ramai di mahkamah kerana muncul dengan imej baharu berambut pendek dan memakai sejumlah barang kemas dan beg tangan berjenama Hermes dan jam berjenama Richard Mille berharga Rp2 bilion (kira-kira RM600,000).

Sementara itu, Nikita yang menjadi tetamu program ‘Brownies’ di Trans TV pada Khamis, 16 Julai 2020 muncul dengan imej baharu iaitu berambut pendek dan membawa bersama anak kecilnya, Arkana Mawardi.

Dalam program itu diperlihatkan video Nikita pergi ke salon untuk memotong rambut pendek pada hari Rabu sebelum pergi ke mahkamah bagi menerima keputusan.

Dalam program itu, Nikita menyatakan tindakannya memotong rambut pendek itu adalah sebagai ‘membuang sial’ dan ternyata mendapat hukuman yang ringan dari mahkamah.

Menurut Nikita, mahkamah telah memberi keputusan seadil-adilnya dan menerima alasan dia membuang bekas abu rokok kepada Dipo Latief.

Menurut Nikita, dia akan membuang rambut yang sudah dipotong ke dalam laut di Ancol, Jakarta. 

Dan selepas ini akan membawa anak-anaknya bercuti di salah sebuah pulau ekslusif di Indonesia. - KitaReporters

1
1
1
0
1

Copy Link: