MASYA-ALLAH!! Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan ketika ini telah menunjukkan sikap biadab masyarakat Malaysia melakukan bermacam penganiayaan kepada penghantar makanan (food delivery) untuk membawa barang-barang yang salah di sisi undang-undang untuk dihantar. : KitaReporters

Polis menahan seorang penghantar makanan dalam sekatan jalan yang dilakukan di hadapan Jambatan MPK, Klang. - Kredit foto: FB Apan Meru


Masa yang terluang berikutan perwartaan PKP ini telah mewujudkan perbuatan luar jangkaan rakyat Malaysia untuk mencuba sesuatu yang baharu dengan menjadikan penghantar makanan sebagai mangsa nafsu jahat yang bangsat!!

Sikap 'mewa' masyarakat yang tidak patuh undang-undang itu sedikit sebanyak memberikan persepsi buruk terhadap penghantar makanan yang benar-benar ikhlas mencari rezeki halal sepanjang tempoh berkurung ini.

Menerusi Facebook @Apan Meru (https://www.facebook.com/apanmeru16) yang dimuat naiknya berasa kesal dengan segelintir rakyat Malaysia yang melakukan penganiayaan dengan menyelitkan barangan yang tidak sewajarnya ke dalam bungkusan yang diambil oleh penghantar makanan.


Maklumat yang diterima daripada rakan penghantar melalui group WhatsApp Geng Cedok memberitahu bahawa salah seorang penghantar makanan ditahan oleh polis kerana membawa dadah jenis syabu dalam sekatan yang dibuat berhadapan jambatan MPK Klang.

Bungkusan awal yang dirasakan dokumen rasmi penerima itu sebenarnya adalah merupakan pek-pek dadah jenis syabu.

Ketika disiasat, pemandu tersebut mengatakan telah mengambil bungkusan itu di Kampung Raja Uda, Klang dan harus menghantarnya ke kawasan Kondominium Pelangi Court, Klang.

Beberapa anggota polis dan pemandu yang ditahan tersebut telah pergi ke lokasi suspek yang sepatutnya menerima bungkusan dadah itu, tetapi suspek dipercayai telah melarikan diri.

Mereka juga pergi ke Kampung Raja Uda, Klang untuk mencari semula pengirim (yang disyaki menjadi pengedar dadah) itu tetapi juga tidak berjaya.

Kastam Diraja Malaysia (KDRM) sedang memeriksa sejumlah penghantar makanan yang disyaki melangkah arahan dengan membawa barang-barang yang tidak sepatutnya


Ikuti luahan @Apan Meru dalam postingnya.

"Kepada costumer jangan 'game' kami rider, kami cari rezeki.

"Engkau orang game kami, susah kami hendak cari makan, rider tidak akan buka bungkusan costumer.

"Sekali bila buka rupa-rupanya syabu.

"Ingatkan barang dokumen ke apa, jangan buat kami sebegini pelanggan.

"Berhati-hati rider kalau masuk order pelik-pelik, abaikanlah. Tak pun telefon syarikat masing-masing dahulu."

Luahan Apan Meru menerusi postingnya dalam FB-nya


Pihak polis dengan kekuatan anggota dan pegawainya dengan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan sentiasa mengawasi perkhidmatan penghantaran makanan supaya tidak disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Pihak polis dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) turut memperketatkan pemeriksaan penghantar makanan selepas timbul kes-kes sisi yang ditularkan kerana ada antara mereka (penghantar makanan) yang menjual dan menghantar katon rokok dan bukan makanan seperti yang disyaratkan dalam skop bidang kerja.


Alhamdulillah.. penghantar makanan tersebut telah dibebaskan, kes masih lagi berjalan dan dalam siasatan serta buruan pihak polis.

Berdasar daripada mesej perbualan, penerima merupakan suspek dikehendaki oleh polis yang dikaitkan dengan salah laku pengedaran dadah.

"Beliau sempat berpesan kepada kepada penghantar makanan yang lain untuk lebih berhati-hati semasa musim (PKP) ini dilaksanakan kerana penjenayah tidak mengenali masa dan siapa," kata Apan Meru.






Sudah pastinya insiden yang tidak tersangka itu memberikan rasa trauma dan takut yang kuat terhadap penghantar makanan yang lainnya.

Perasaan lebih berhati-hati itu akan disematkan di hati tanpa berasa lalai sedikit pun yang akan memberikan impak buruk hingga ke tali gantung jika didapati bersalah 

Insiden itu telah membuatkan rata-rata warganet terasa berang dan marah dengan perbuatan yang dilakukan sesetengah manusia yang berbuat penganiayaan kepada penghantar makanan yang sudah membantu.

Musim PKP ini sepatutnya menjadi medan mendisplinkan diri seumpama berpuasa dibulan ramadan tetapi telah diambil peluang individu yang berhati binatang untuk berbuat penganiayaan.


Respons daripada netizen-netizen

0
0
17
2
17

Copy Link: