MULA-MULA DIKECAM, KINI DIPUJI DAN DIRINDUI!!
Published bySEPERTI kita tahu, pada awal penularan penyakit Koronavirus atau COVID-19 di negara ini, kluster tabligh antara kumpulan yang paling ramai positif COVID-19 sehingga ada pihak yang memandang serong kepada mereka ini dan mengatakan mereka punca penyebaran COVID-19 ini. : KitaReporters
Gambar tabligh kredit kepada Shaq Adzwan Ab Halimi.
Namun begitu, siapa sangka di sebalik pandangan serong serta kata cacian daripada sesetengah masyarakat kepada mereka, kini ia mula dipandang mulia.
DOKTOR RINDU KLUSTER TABLIGH
Selepas kluster tabligh dibenarkan pulang selepas tamat kuarantin lalu diganti pula dengan pesakit baharu ditambah pula dengan manusia yang merasai mereka terlalu sempurna dan biasa dengan kemewahan (yang digelar sebagai kluster "kayangan") sehingga tidak dapat menerima berada di pusat kuarantin yang disediakan, para doktor mula merindui pesakit tabligh.
Kerana apa? Kerana para tabligh ini tidak banyak 'songeh' apatah lagi mereka sentiasa memberi kerjasama yang terbaik.
Perkongsian dari Lavennia. - Kredit: FB Lavennia.
Terbaharu, seorang doktor dari Tawau, Sabah, Lavennia Gayatri telah berkongsi pengalamannya dalam laman sosial Facebook (FB) miliknya bahawa kluster tabligh ini lebih baik daripada sesetengah pesakit yang mereka rawat selepas pasukan tabligh.
Makanan kering, kuah tak ada...
Lavennia menyedari hal sedemikian bahawa makanan yang disediakan kepada mereka sememangnya bukan yang terbaik, namun begitu, pesakit tabligh tetap juga makan biarpun kadangkala ia terasa tawar.
Tambahnya, biarpun pusat kuarantin ini serba kekurangan, namum mereka sentiasa beri kerjasama terbaik kepada para petugas kerana mereka percaya doktor mampu menjalankan tugas dengan baik dan doktor lebih mengetahui apa yang harus dilakukan dalam situasi sebegini!!!
Biarpun keadaan di pusat kuarantin ini serba kekurangan, mereka tetap menjalankan aktiviti mereka seperti solat dan membaca al-Quran.
Aku juga marah...
Menerusi perkongsian pengalaman Lavennia lagi, pada awalnya beliau juga marah dengan kluster tabligh ini namun, apa yang terjadi ini sememangnya ada hikmah yang membuka mata masyarakat terutama para petugas yang menjaga mereka ketika itu.
Tambahnya, secara tidak langsung beliau juga dapat belajar beberapa perkara baharu iaitu kita jangan terlalu awal untuk menghakimi seseorang, sebaliknya sentiasa berfikiran positif terhadap sesuatu perkara.
Perkongsian daripada Lavennia ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran positif kepada golongan tabligh ini.
Malah, pembaca juga memberi pelbagai kata-kata positif kepada beliau.