Pelan PENJANA! Janakan lebih banyak peluang pekerjaan OKU!!

Published by
KitaReporters

KERAJAAN harus mewujud dan mempertimbangkan peluang pekerjaan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini. Sebelum ini kerajaan prihatin di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) telah memberi tumpuan secara one-off terhadap golongan OKU dan ibu tunggal. : KitaReporters

H. Puvaniten (dua dari kanan) menyerahkan bantuan barangan keperluan harian kepada warga cacat penglihatan di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) di Brickfield, Kuala Lumpur pada 17 Jun 2020.


"Bantuan kewangan yang diberikan terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan di bawah Perdana Menteri terus komited untuk membela setiap kelompok masyarakat Malaysia dan memastikan setiap individu mendapat manfaat daripada kesejahteraan ekonomi negara," kata Ketua Biro Perpaduan Parti Gerakan, H. Puvaniten

Menurut beliau, sekiranya peluang pekerjaan bagi golongan OKU dapat diwujudkan ia sudah tentunya dapat membantu kehidupan seharian mereka

Usaha mewujudkan peluang pekerjaan bagi golongan OKU ini harus dibuat oleh semua pihak termasuk kerajaan dan agensi-agensi negeri.

Puvaniten berkata demikian ketika Majlis Penyerahan Bantuan Barangan Keperluan Harian kepada Golongan Cacat Penglihatan di Kompleks Persatuan Orang Buta Malaysia di Kuala Lumpur, pada 17 Jun 2020 lalu.

Puvaniten menjelaskan bahawa kebanyakan golongan OKU seperti cacat penglihatan, rezeki mereka terjejas berikutan penutupan perkhidmatan pusat urut ekoran pelaksanaan PKP bagi mengekangkan penularan wabak COVID-19. 

Mungkin ada alternatif lain yang boleh diwujudkan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan ini memperolehi peluang pekerjaan yang lain.

Bagi golongan OKU cacat penglihatan, situasi mereka lebih sukar mencari pekerjaan lain berbanding OKU lain. 

Mungkin kerajaan boleh mencari alternatif yang lain untuk golongan orang kurang upaya (OKU) ini untuk mencari nafkah yang lain. 

"Komuniti ini tidak dapat menjana pendapatan disebabkan kerajaan masih melarang perkhidmatan urut dan refleksologi daripada beroperasi seperti biasa," jeleasnya.

Puvaniten berharap kerajaan dapat mewujudkan peluang yang sama bagi masyarakat yang cacat penglihatan untuk menjana pendapatan dalam tempoh yang sukar ini, agar mereka dapat menikmati kualiti hidup yang sama dengan golongan yang lain. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: