PENGARAH, pelakon dan usahawan, Erma Fatima, 52, yang lebih dikenali sebagai Mak Cun memuji semangat seorang pemuda yang sanggup datang ke pejabatnya untuk melamar kerja walaupun menahan sakit akibat mengalami kemalangan dalam perjalanan. : KitaReporters


Pemuda yang menunggang motosikal itu menjadi mangsa langgar lari sebuah kereta yang terus beralih arah ke sebelah kiri. 

Dalam kecederaan yang dialami  pemuda itu tetap datang untuk temu duga.

Peristiwa kemalangan itu sempat dirakam seorang pengguna jalan raya yang menjadi saksi kejadian dan disiar dalam IG @wilayahpermotoran.

Bahagian tubuh yang cedera diperlihatkan kepada Erma dalam IG-nya.

Dalam mesejnya kepada Erma, pemuda itu memberitahu tulang rusuknya patah dan hatinya bengkak dan dijangka hanya sembuh dalam tempoh sebulan. 

Dia minta Erma mencari pekerja lain sahaja.

Namun Erma atau nama lengkapnya Fatimah Rahmad Ali memuji kecekalan pemuda itu dan tetap akan mengambil pemuda itu bekerja dan sanggup menunggu hingga pulih sepenuhnya walaupun berbulan-bulan lagi.

Dalam posting terbaharu dalam Instagramnya @ermafatima, dia tidak menyatakan secara lengkap nama pemuda dan tarikh kejadian. 

Erma cuma meletakkan sekeping foto yang memperlihatkan bahagian tubuh seorang lelaki yang cedera.  

Erma sanggup menunggu pemuda itu sembuh sepenuhnya untuk diambil bekerja

Namun berdasarkan posting terdahulu yang menyiarkan peluang pekerjaan untuk syarikatnya menyatakan temu duga dijalankan pada Isnin dan Selasa lalu, 15 dan 16 Jun 2020.

Erma kini menjalankan perniagaan berkaitan produk Industri Kecil Sederhana (IKS) di bawah jenama Mak Cun.

Berikut adalah posting lengkap Erma dalam IG-nya: - KitaReporters

Tarikh temu duga bekerja di syarikat milik Erma Fatima

‘"erjalanan DIA ke ofis aku untuk temuduga dan mendapat kemalangan. Yg melanggarnya lari.. Sebak aku kerana DIA masih dtg temuduga dlm keadaan berdarah semata mata utk selesaikan juga temuduganya dgn aku. 

"Terketar ketar dia depan aku menahan sakit. Aku suruh dia ke hospital namun dia tetap paksa aku untuk interview dia. 

"Kau sangat CEKAL dik... susah nk dpt org secekal kau. Dalam keadaan begitu kau masih usaha juga utk hadir temuduga. 

"Dan aku dapat tahu tulang rusuknya patah dan hatinya bengkak. Dia mesej kata mungkin 1 bulan lagi baru dia akn pulih. Dia suruh bg je jawatan tu pd org lain katanya. 

"Akak akan tunggu... kau lulus temuduga ini bkn kerana kau kemalangan tetapi kerana kecekalan kau dik. Moga begitu jugalh dedikasinya kau dlm mencari rezeki. 

"Akak doakan kau cepat sembuh dan position utk kau sentiasa ada di syarikat akak. Akak tunggu.." 


@ermafatima : Sapa tengah cari kerja bolehlah cuba..

2
0
0
0
0

Copy Link: