Megxit: Rakyat Britain undi desak Harry-Meghan jadi rakyat biasa! Dilucutkan gelaran diraja!
Published byMARAHNYA warga Britain terhadap tindak-tanduk Putera Harry, mereka mendesak dia melepaskan gelaran dirajanya menerusi satu undian pungutan suara majoriti, agar putera kedua Putera Charles itu dilucutkan terus haknya dalam barisan pengganti takhta diraja Britain. : KitaReporters
Kredit gambar: UK Royal News.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Putera Harry:
https://kitareporters.com/search?search=putera+harry
Mereka mengundi Harry dan Meghan Markle dijadikan `orang biasa` sambil menggelarkan pasangan itu sebagai Tuan dan Puan Windsor kerana Harry mengikut jejak langkah moyangnya, bekas Raja Edward Windsor yang turun takhta untuk menjadi rakyat biasa selepas menikahi janda dari Amerika Syarikat, Wallis Simpson.
Undian dalam talian oleh media Express.co.uk mendapati 96 peratus (6,132 orang) bersetuju Harry mengalahkan dan meninggalkan terus keluarga diraja yang tertua di Eropah itu dan kekal `orang biasa`dengan alasan dia telah `memutuskan` semua hubungan dengan kerabat diraja, kawan-kawan dan sedara mara dan memilih menjadi orang Amerika.
Tugasan Harry tahun ini.
Daripada jumlah 6,420 pembaca yang mengundi dari jam 10.30 pagi hingga 9.30 malam pada Khamis, 7 Januari 2021 lalu, hanya empat peratus saja yang suka Harry berada dalam senarai pengganti takhta.
Mereka juga macam naik angin dengan anakanda Harry, Archie yang dikatakan bercakap gaya Amerika disebabkan ibu Meghan yang mengasuhnya.
Pada 31 Mac 2020, Harry dan Meghan membuat keputusan mengejut untuk`melepaskan` gelaran diraja dan tidak lagi menjalankan tanggungjawab sebagai kerabat monarki England selama setahun kerana ingin berdikari mencari sumber kewangan.
Dan ada juga timbul khabar angin yang dikaitkan dengan tindakan bapanya, Putera Charles sedang mengecilkan kerabat diraja yang bekerja (dan menerima peruntukan daripada kerajaan).
Tindakan Charles dan polemik berterusan sindiran tajam media di Britain ke atas Meghan membandingkan dengan kakak iparnya, Kate Middleton menyebabkan bekas pelakon siri The Suit itu mengambil keputusan pulang ke kampung halamannya di Kanada.
Kemudian Harry berhijrah mengikut Meghan dan dari Kanada mereka ke LA sebelum memutuskan untuk tinggal di California. Antara kasih keluarga dan ikatan istana, Harry memutuskan mengabaikan istana untuk mengikuti isterinya kerana di situlah, dia perlu melindungi keluarga kecilnya.
Linda737 dalam satu kicauan twitternya berkata "Harry dulu seorang lelaki yang suka bergembira dan penyayang tapi Megan yang musnahkan dia."
CherylMccrum pula tidak dapat menerima kehadiran Megan lagi. "Dia macam terdesak untuk sambung lagi perjanjian itu dan harap-harap permintaan itu ditolak."
Mouse pula memperli pasangan itu dengan kata-kata, "Jika Puan Meghan tidak berminat mendapatkan warganegara UK jadi tak perlulah dia bergelar Duchess."
Harry dan Megan dijangka pulang ke Britain Mac 202 ini kerana tempoh `melepaskan` jawatan itu dijangka berakhir bulan itu. Mereka akan berbincang mengenai kedudukannya kerana ada beberapa tugasan yang dirancang tahun ini yang perlu diselesaikan termasuk merasmikan pembukaan skulptur mendiang Lady Diana yang ditaja pembinaannya oleh abangnya untuk menghiasi taman di Istana Kengsinton.
Harry juga akan hadir pada harijadi datuknya, Putera Philip yang ke-100.
Gambar dari album Town and Coountry US
Banyak andaian dibuat sama ada berbaloi tak tindakan Harry `mengikuti` isterinya, Meghan tinggalkan istana yang kemudian digelar sebagai Megxit untuk bermaustatin di Amerika.
Harry Duke of Sussex kini berada ditempat keenam selepas Putera Charles, kekandanya, Putera William dan tiga putera puteri Duke of Cambridge, George, Charlotte dan Louis. Dan sejak itulah ada desakan agar Harry dilucutkan terus haknya untuk menuntut takhta kerajaan England, sehingga satu undian dibuat oleh Express.co.uk
"Berani sangat dia abaikan tugasan diraja dan `memuja` hidup baru di negara asing. Dah nak `hidup cara orang biasa` kita tunaikan permintaan dia. Jadikan dia rakyat biasa." demikian kata seorang daripada pengundi dalam talian itu.
Beberapa pemilik twitter juga dilaporkan marah sambil menggesa anak mereka, Archie juga hendaklah dilucutkan gelaran dan jangan lagi diberi gelaran, Mereka mahukan Perdana Menteri Boris Johnson mengemukakan usul dan mendesak Parlimen meluluskan segara.
"Mereka dah mengaibkan UK dan kini masanya perdana menteri bertindak tegas." kata seorang lagi lagi pemilik twitter.
Malah akhbar itu memetik cakap-cakap pegawai istana sama ada Putera Charles perlu terus membiayai pasangan itu daripada bajet Istana. Mereka lupa Harry mewarisi pusaka ibunya dan Meghan juga memiliki sumber kewangan daripada lakonannya.
Manakala media di Amerika sangat mengalu-alukan kedatangan pasangan itu malah memberi sokongan moral sambil menyifatkan tindakan itu sangat tepat termasuk mengalu-alukan mereka menubuhkan syarikat penerbitan sendiri dan menandatangi perjanjian beratus-ratus juta dolar dengan Spotify dan Netflix.
Malah mereka juga mempunyai Badan Kebajikan dan Yayasan Archewell.
Sementara itu, siri Entertainment Tonight, melaporkan William dan Harry saling berhubung ketika Krismas tahun 2020 lalu dengan bertukar-tukar hadiah. Mereka dilaporkan sering membuat panggilan video bertanya khabar dari semasa ke semasa.
Wartawan diraja, Katie Nicholl melaporkan hubungan dua beradik itu semakin bertambah baik dan ketika musim perayaan itu, mereka saling bekerjasama mengeratkan jalinan persaudaraan. - Kitareporters