AKIBAT terpedaya tutur kata serta bercakap lemah lembut daripada seorang `jurujual’  yang mendakwa dirinya bekerja di sebuah kedai emas telah mengakibatkan seorang wanita yang tinggal di Kuala Rompin, Pahang mengalami kerugian RM8,100 selepas seutas gelang emas seberat 38 gram yang dipesan tidak kunjung tiba. : KitaReporters


Gambar hiasan


Lagi kisah-kisah berkaitan penipuan:

https://kitareporters.com/search?search=penipuan


Jurujual terbabit yang memperkenalkan namanya sebagai `Farah’ telah tidak kunjung tiba pada hari dijanjikan dan lebih menghampakan lagi harapan mangsa apabila mengetahui Farah sememangnya tidak bekerja di kedai emas yang dimaksudkan itu. 

Sebelum itu, mangsa, seorang suri rumah tidak pernah mengenali dan bersua dengan Farah melainkan mangsa berhubung dengan jurujual itu dalam laman Facebooknya yang mendakwa dia menjual barangan emas milik taukenya di sebuah premis.

Menurut, suri rumah berkenaan, Farah berkata dia berbuat demikian iaitu mempromosi barang kemas dalam Facebooknya untuk membantu taukenya yang berniaga emas di kedai. 

Ini menyebabkan wanita tersebut percaya lalu mangsa membuat tempahan dengan Farah (jurujual berkenaan) pada 13 Disember 2020 lalu. 



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian penipuan itu terjadi selepas mangsa melayari Facebook yang menjual emas atas nama sebuah kedai pada 10 Disember 2020.

Mohd Wazir berkata, wanita terbabit telah berurusan dengan jurujual yang menyamar bernama Farah itu untuk membeli gelang tangan seberat 21 gram dengan harga RM4,600. 

Beliau memberitahu sebaik sahaja mangsa bersetuju dengan harga emas yang ditawarkan agak murah sedikit lalu mangsa membuat pembayaran RM4,600 pada hari yang sama dalam akaun sebuah bank atas nama seorang lelaki. 

``Bagaimanapun selepas bayaran dibuat pada hari itu, suspek tersebut menghubungi mangsa dengan mengatakan mangsa perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM2,000 lagi dengan alasan gelang emas itu sebenarnya seberat 31 gram.


GAMBAR hiasan


``Wanita itu akur dengan kehendak Farah dan mangsa membuat bayaran kali kedua kepada dua akaun bank atas nama dua individu yang berbeza,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin 14  Disember 2020. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah itu memberitahu penipuan mangsa yang dilakukan oleh Farah bukan berakhir setakat dua kali pembayaran sahaja, sebaliknya wanita terbabit ditipu sekali lagi.

Ini kerana mangsa diarahkan membuat pembayaran sebanyak RM1,500 kerana suspek memberitahu lagi harga emas yang siap ditempah sebenarnya berat 38 gram dan mangsa perlu membayar RM1,500 dan mangsa akur lalu membuat pembayaran sebanyak itu di akaun bank menjadikan jumlah kesemuanya ialah RM8,100.

Selepas membuat pembayaran sebanyak tiga kali dengan harga seutas gelang emas  itu baharulah wanita berkenaan menyedari dirinya tertipu oleh Farah yang pandai bercakap lemah lembut bagi meyakinkan diri mangsa. 

Apabila mangsa pergi ke kedai emas terbabit mendapati tiada seorang pun pekerja yang bernama Farah di situ dan akaun bank yang digunakan oleh suspek juga tiada kaitan dengan premis berkenaan. - KitaReporters

4
2
4
1
3

Copy Link: