Video| Kesan Covid-19? Dewi Perssik ada ruam pada muka, tubuh
Published bySUDAH kira-kira tiga minggu penyanyi dangdut dan pelakon popular Indonesia, Dewi Perssik, 35, menghilang dari saluran TransTV sebagai antara hos dalam dalam rancangan ‘Pagi Pagi Ambyar’. Ia membuat penonton TransTV tertanya-tanya mengapa bintang sensasi itu tiba-tiba menghilang dan diganti oleh seorang lagi bintang dangdut, Nita Thalia. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Indonesia:
https://kitareporters.com/search?search=indonesia
Adakah Dewi Perssik telah disingkir sebagai hos ‘Pagi Pagi Ambyar’ yang semakin popular itu?
Kegusaran peminat-peminatnya semakin kuat apabila laman YouTubenya dan laman sosial Dewi juga tidak aktif dalam tempoh itu.
Wajah Dewi Perssik kini terkesan akibat ruam misteri yang melandanya selepas dijangkiti Covid-19
Tiba-tiba Dewi Perssik yang lebih mesra dipanggil Depe ini muncul dalam Instagramnya pada Khamis, 24 Disember 2020.
Depe menyambut ulang tahun kelahiran ke-35-nya pada 16 Disember 2010 dalam suasana tidak gembira kerana mengalami penyakit misteri itu yang terkait kerana positif virus Covid-19.
Dewi Perssik dalam ruangan Instagramnya mengungkap kenapa selama ini dia tiba-tiba menghilang daripada kegiatan seni dan lebih menggemparkan apabila memperlihatkan perubahan wajahnya.
Dewi Perssik selama ini begitu menjaga perawatan wajah dan tubuh.
Dewi Perssik yang selama ini memperlihatkan wajah sensasinya dengan mekap tebal, tetapi kali wajahnya dipenuhi ruam dan bintik-bintik merah.
Dalam IG-nya, Dewi mengakui dia terkena jangkitan Covid-19 setelah dua kali ujian swap hasilnya negatif. Tetapi yang menghairankannya, setelah disahkan bebas dari Covid-19, dia mengalami ruam merah pada muka dan bahagian lain pada tubuhnya.
Dengan ruam yang teruk pada muka dan bahagian lain pada tubuhnya menjejaskan peluangnya untuk muncul dalam rancangan ‘Pagi Pagi Ambyar’.
Sakit ruam tu mengambil masa untuk disembuhkan dan menelan kos rawatan yang tinggi, jelasnya.
Dewi Perssik bersama hos lain dalam rancangan 'Pagi Pagi Ambyar'
Dewi Perssik menganggap sakit misteri yang dialaminya adalah satu ujian agar lebih mendekati Tuhan Yang Maha Esa.
"Jadi timbul kemerahan ini adalah salah satu yang timbul daripada mereka yang terkena Covid-19 sekitar 20 peratus. Nah ini jadi bahan renungan buat kita semua dan teguran buatku juga untuk menggugurkan dosa-dosaku, dan bahawa Covid-19 itu nyata," katanya dalam IG-nya. - KitaReporters