Video| Kehilangan Adibah Noor 'diratapi' 41 ekor kucing peliharaannya! Semoga jadi asbab ke syurga!
Published byGambar terakhir Allahyarham Adibah Noor yang dimuatnaikkan pada 8 Jun 2022. - Kredit foto: IG Adibah Noor Mohd Ghani.
"PERNAHKAN masa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun yang bermula pada 2020, keluar berita Allahyarham Adibah Noor, gadai emas dia untuk membiayai makanan kucing sebab masa itu dia tidak berapa ada 'job'. Saya terfikir lepas ini siapa yang akan jaga kucing ini,
"Allah. Takziah buah keluarga dan Allah lebih menyayangi arwak Kak Dibah. Teringat lagu dia 'Yang Istimewa'," demikian luahan rasa sedih seorang peminatnya Qawira Awang.
Beliau antara ratusan peminat kucing yang meluahkan rasa kehilangan di atas kepulangan ke rahmatullah penyanyi serba boleh, Adibah Noor Mohamed Omar, 52, dalam 'Group Pencinta Kucing' dalam Facebook.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Adibah Noor
Berita kepulangan penyanyi serba boleh itu bukan saja kehilangan sebutir bintang buat negara tetapi juga akan dirindui 41 ekor kucing yang dijaga.
Ramai juga peminatnya risau siapa akan mengambil alih menjaga kucingnya.
"Kucingnya pasti akan merindui arwah. Al fatihah untuk arwah semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah #adibahnoor," kata ros3m3rry.
Qawira Awang... Semoga ganjaran syurga untuk Kak Dibah.
Hantaran yang dimuat naik dalam Facebook oleh Nur Hartini Hamzah mengenai sisi terbaik Allahyarham yang jarang diketahui peminatnya.
Malah dalam Instagram penyanyi itu juga pada 22.2 2022 Adibah Noor melancarkan buku kanak-kanak yang ditulisnya dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia bertajuk Bintang & Tompok dengan catatan, "...buku cerita pertama yg saya tulis! Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris!"
Adibah Noor yang bermula dari seorang guru bahasa Inggeris kemudian menjadi penyanyi, pelawak, pelakon, duta iklan dan penerima anugerah lagu terbaik 'Yang Teristimewa' menceritakan kisah seorang budak perempuan yang didera seksual sehingga meninggal dunia, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.30 malam pada 18 Jun 2022, akibat kanser ovari tahap empat.
Jenazah Allahyarham selamat disemadikan pada hari Ahad, 19 Jun 2022 di Tanah Perkuburan Islam AU2 Keramat, Kuala lumpur dengan ciuman terakhir oleh ayahnya, Mohamed Omar dan turut diiringi rakan-rakan seangkatan seni termasuk Datuk Aflin Shauki dan Datuk Hans Isaac.
Bapa arwah Adibah Noor dipimpin untuk menghantar anaknya ke pusara.
Nur Hartini Hamzah (gambar atas) dari Kuala Kangsar ketika menullis dalam grup itu memuji sambil memberitahu Adibah Noor merupakan salah seorang yang sangat aktif membantu dan menyelamatkan kucing jalanan.
Catatan itu telah dikongsi oleh 1.6k yang mendoakan pahala untuk arwah kerana berkorban wang ringgit, masa dan 'tidak berkira' dalam membiayai haiwan itu serta menjadi satu asbab untuk dimasukkan ke syurga.Hartini yang memetik catatan arwah memberitahu: "Sejujurnya saya kurang pasti berapa banyak berhabis bagi membeli makanan kucing, kos bulanan dan perubatan kucing untuk dibela. Tapi apa yang pasti saya tidak pernah berkira jumlah wang untuk kegunaaan mereka."
Hartini memohon ihsan orang ramai terutama peminat kucing itu supaya mendoakan agar arwah diberi ganjaran kebaikan kepada kucing sebagai pahala yang berlipat kali ganda.
Sementara itu, Noor Hamidah Ramli berkata,"Allahuakhbar, sedih tidak terkata. Hilang lagi seorang pencinta kucing yang tegar. Semoga amalan almarhum dalam menjaga kebajikan kucing jalanan diterima Allah SWT dan menjadi asabab arwah dimasukkan ke syurga FirdausMu, ya Allah."
Norzie Eira pula memberitahu arwah yang menjadi inspirasi kepadanya untuk terus menjaga kucing. "Tidak pernah berkira berapa kos yang dikeluarkan untuk kucing-kucing berkenaan. Semoga pahalanya menjaga kebajikan menjadi satu asabab arwah masuk syura," doanya.
Empire Sify Ery turut memuatkan video dan catatan yang pernah dibuat oleh arwah tentang 41 kucing yang dipeliharanya.
"Bukan mudah menjaga 41 ekor kucing kerana saya membeli makanan yang berkhasiat untuk mereka.
"Tanggungjawab yang dipikul tidak seharusnya dipandang mudah kerana ia ibarat menganiaya sekiranya tidak dibuat dengan baik," demikian petikan catatan arwah Adibah Noor.
Innalillahi wainna ilaihi rojiun... Al-Fatihah untuk Adibah Noor. - KitaReporters