PUTERI DIANA: CINDERELLA DERITA DICURANGI SUAMI BUKAN IBU TIRI

Published by
KitaReporters
SEMALAM 31 Ogos 2019 Puteri Diana, Lady Diana Spencer atau Puteri Rakyat British,  sudah pasti diraikan ulang tahun ke-56.  Nenda kepada beberapa anak Putera William dan Putera Harry, dia mungkin tetap melekat dicintai oleh warga dunia. 



Lebih dua dekad lalu,  anak dara Lady Diana Spencer disunting oleh putera charming,  Putera Charles yang jadi idaman anak dara dunia,  menduduki Istana James dan Istana Buchkingham.  

Malangnya bukan sebagai ratu tetapi sebagai sang puteri yang menderita jiwa dan raga, dianiaya cinta oleh suaminya. 

Jika Diana dikatakan mampu "menundukkan" dunia di kakinya.  Satu saja yang dia tak mampu memiliki dan terus mencintainya, Charles. Suaminya mencurangi dirinya dengan gundik yang diberi gelaran wanita si muka kuda,  Camilla Parker. 

Semalam pada 31 Ogos 1997, selepas makan malam terakhirnya,  di sebuah hotel di Kota cinta Paris,  Diana terbunuh dalam nahas ngeri dengan bakal suaminya,  Dodi si penggoda,  di Terowong Cinta di Paris yang menamatkan kisah sengsaranya, makan hati berulam jantung. 

Satu dunia menangisi kematian wanita ini dan limpahan bunga hampir separuh menghiasi kota raya London. Apabila Diana berkahwin, lebih 700 juta melihat acara itu dan bila dia mati pun,  jumlah yang sama juga menangisinya. 

Malah warga London yang dikatakan menangisi kematian Diana, dianggap berjaya merawat kemurungan mereka. 

Jika asal keluarga Diana dikatakan berlatar belakang Puteri Mary Of Scots atau gelaran bloodly Mary yang sepatutnya mewarisi takhta kerajaan British tu,  gundik Charles pula berketurunan gundik kepada moyang putera tu. Sebab itulah Camilla sejak muda sudah menawarkan dirinya untuk menjadi mistress Charles. 

Bila sudah tamak atas alasan kemaruk cinta, rumah tangga sesama sendiri dicurangi.  Camilla mencurangi suaminya,  Andrew Parker dan Charles pula menjadi pengecut membiarkan seorang yang mencintainya,  menderita sehingga ke mati. 

Sebab tu bila berlaku nahas di Paris itu,  sudah tentulah ada seorang lelaki yang tidak meratapi kematian Diana malah berita itu sesuatu yang ditunggu dengan gembira oleh Charles dan Camilla. 

Pernah baca kisah moyang Charles,  Raja William yang memiliki 6 isteri.  Bila dia gagal berkahwin,  isteri yang ada dimusuhinya dan akhirnya dipancung atas dosa, difitnah berzina. Cerita dongeng itu berterusan rupanya sehingga abad ke-21.


Lady Diana mengejutkan warga Britain bila dia masih memiliki "dara" bila berkahwin.  Dalam tahun 80-an,  anak gadis yang mampu mengekalkan dara adalah sesuatu yang luar biasa. 

Dari seorang guru tadika yang pemalu, Diana bertunang dalam usia 19 tahun dengan seorang putera berusia 32 tahun.  Lelaki yang kaya dengan pengalaman bertukar-tukar pasangan seks. 

Dari tempoh itulah perubahan mengambil sebahagian besar bentuk fizikal dan rupanya. Diana menjadi " patung" yang sempurna buat pereka fesyen Eropah yang ketika tu sedang mencari sentuhan "magic" untuk mencipta nama, sekali gus memeriahkan industri fesyen dunia. 

Diana dipakaikan serba fesyen walaupun pada amnya kerabat diraja tidak berkenan.  Namum arus fesyen sudah tidak terkawal,  sekali gus melontarkan nama Diana sebagai ikon fesyen dunia yang turut menjejaskan populariti keluarga diraja. 

Dari istana mewah,  Diana mendidik puteranya cara rakyat biasa malah pergi sekolah pun untuk orang awam.  Setiap detik keceriaan dia dan anak-anak dirakam, ditonton dan menjadi berita yang sangat ditunggu2. 

Orang ramai sudah tidak pedulikan Charles yang pada masa itu, kian menggila bersama gundiknya, Camilla. 

Jika diikutkan pada malam pertama lagi Charles sudah  merobekkan hati dan perasaan Diana.  Sewaktu bertunang pun, Charles asyik berzina dengan gundiknya termasuk dalam gerabak kereta api.

Ikutkan Diana hendak membatalkan perkahwinannya pada saat-saat terakhir tetapi dinasihatkan bersabar dan bertenang. 

Sebagaimana gelaran Diana pada suaminya, Prince of Darkness, nyata terserlah bila Charles sakit, wanita yang ingin ditemuinya adalah Camilla. Dihambatnya Diana balik.  

Dan semua pembohongan, kepura-puraan Charles terserlah di sebalik rakaman gambar mereka berdua. Dalam gambar secantik Diana jelas ada renungan kosong dan terselitnya, sebaknya Diana.

Perceraian termaktub selepas kunjungan hormat ke Jepun gagal mendamaikan keresahan mereka. 

Bila suami keluar ikut pintu depan,  Diana mengubat duka hatinya dalam pelukan kekasih gelapnya,  seorang askar James Hewitt dan kemudian pada saat perceraiannya, dengan salah seorang doktor pakar Muslim dari Pakistan, Dodi Fayed. 

Sanjungan pada Diana tetap tidak berubah. Ini menggelisahkan sesetengah pihak bila Diana dikatakan akan berkahwin dengan seorang Muslim. Orang tertentu bimbang pengaruh Islam akan berkembang dan tulah jawapannya. 


Mematikan watak heroin dengan lebih awal dalam usia 30-an.  Mati ketika diri masih hangat glamor dan muda sebagaimana legenda Hollywood, Marilyn Monroe. 

Hari ini walaupun kisah hidup Diana kian menjadi tinggalan sejarah dunia tetapi semangat dan perjuangannya tetap abadi di hati kita. 

Dari seorang anak gadis lurus bendul,  Diana muncul sebagai aktres di pentas kehidupan sebagai puteri,  pembasmi masalah sosial,  duta kasih sayang dan ikon jelita fesyen dan ibu penyayang. 

4
3
16
0
1

Copy Link: