UMUM mengetahui betapa kerajaan China melakukan penindasan dan kekejaman terhadap rakyatnya yang berketurunan Uighur. Etnik minoriti beragama Islam ini tinggal di Xinjiang atau dahulu dikenali sebagai Turkistan Timur yang bersempadan antara Pakistan dan Afghanistan. : KitaReporters 


Sadam Abdusalam menetap di Australia menunjukkan foto isterinya, Nadila Wumaier dan anak mereka Lufty yang dirinduinya sementelah mereka tinggal berjauhan selama tiga tahun. – Kredit foto: AFP


Lagi kisah-kisah berkaitan Uighur:

https://kitareporters.com/search?search=uighur


Menurut sejarah, wilayah itu asalnya adalah hak milik empayar Islam Turki tetapi kemudiannya telah dijajah oleh China sehingga segala hak dan kebebasan rakyatnya dirampas dan dinafikan oleh rejim komunis itu.

Begitulah pula apa yang terjadi kepada pasangan Sadam Abdusalam, isteri Nadila Wumaier dan anak mereka Lufty  turut dihalang oleh kerajaan China daripada mereka bertemu.


Nadila Wumaier dan anak mereka Lufty dihalang keluar dari China berikutan kerajaan regim komunis itu tidak membenarkan etnik Islam Uighur keluar dari negara tersebut. - Kredit foto Ng Han Guan/AP


Sadam berasal dari  Xinjiang, China tetapi kini telah menjadi warga negara Australia sejak lebih sedekad lalu ketika beliau menjadi pelajar di negara berkenaan. 

Pun begitu hatinya menjadi rawan apabila dia terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya yang berusia tiga tahun di kampung halamannya di Xinjiang, China.

Hatinya sudah tekad mahu menjemput kedua-dua insan penting dalam hidupnya untuk dibawa berpindah ke bumi kanggaru ini.  Perancangan telah dibuat tetapi hasratnya terhalang apabila Beijing merampas pasport isteri dan anaknya ketika mereka bersiap sedia untuk terbang ke Australia.


Sadam Abdusalam berkongsi kegembiraan melalui akaun Twitternya apabila isteri dan anaknya selamat tiba di Sydney, Australia selepas China akhirnya membenarkan pertemuan mereka. - Kredit foto: Rwitter sadam_abdusalam.


Sadam menceritakan pengalaman pahitnya melalui laman sosial Twitternya dengan pelbagai suka duka yang terpaksa diharungi tiga beranak ini. Tambahan pula kerajaan China sentiasa memberi tekanan dan halangan terhadapnya sekeluarga.

Setiap kesedihan pasti ada kegembiraan apabila beliau tidak menyangka sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Australia bersimpati akan nasib buruk yang dialaminya.

Sophie McNeill dari Human Rights Watch (HRW) Australia telah menghubungi Sadam dan bersedia untuk membantu membawa isu keluarga tersebut diselesaikan pada peringkat kerajaan di kedua-dua buah negara.

"Penyatuan adalah jalan yang terbaik dan ketidakadilan akhirnya tidak akan bertahan lama.

"Agak mudah seseorang itu akan berputus asa dan kecewa, lebih-lebih lagi bila keadaan diri tertekan," ujar beliau.

Pada Februari 2020 lalu, Timbalan Ketua Misi China di Australia, Wang Xining berkata kepada stesen televiyen ABC bahawa isteri Sadam tidak mahu meninggalkan Xinjiang.

Sebaliknya pula Nadila dalam akaun Twitternya menunjukkan fotonya tertera perkataan, "Saya mahu tinggalkan Xinjiang dan hidup bersama suami."

Kemelut isu 'keluarga Sadam' akhirnya mendapat perhatian Menteri Luar Australia, Marise Payne yang terpaksa campur tangan meminta China membenarkan isteri dan anak beliau keluar dari China.

Pada Julai 2020, Kedutaan Australia di Beijing secara rasmi telah meminta pihak berkuasa negara 'tembok besar' itu melepaskan dua rakyatnya agar mereka dapat berhijrah ke Australia.

Peguam Michael Bradley yang mewakili keluarga Sadam berkata kepada agensi berita Reuters segala-galanya telah selesai pada kedua-dua belah pihak apabila isteri dan anaknya disahkan telah selamat sampai di Brisbane pada Khamis, 26 November 2020 serta dikuarantin selama dua minggu di sebuah hotel sebelum diterbangkan semula ke Sydney untuk bertemu dan disatukan semula dengan Sadam. 


Wajah gembira Sadam (tengah) yang akhirnya disatukan semula dengan isteri Nadila dan anaknya, Lufty. Turut kelihatan bersama beliau ialah peguam Michael Bradley (kiri) yang banyak membantu menguruskan dokumen perundangan tentang penghijrahan keluarganya di Australia. - Kredit foto: Twitter sadam_abdusalam. 



Pada 10 Disember 2020, Sadam dan peguam Bradley melihat detik bersejarah 'drama keluarga' yang cukup menyayatkan hati ramai orang apabila Nadila dan Lufty akhirnya berjaya menjejakkan kaki mereka di Lapangan Terbang Sydney.

Mereka saling berpelukan dan terpancar wajah kegembiraan serta menitis air mata sebagai tanda kesyukuran. 

Siri episod duka lara yang berpanjangan dalam kehidupan insan yang tabah dan sabar akhirnya ditonton oleh masyarakat dunia betapa kekejaman dan ketidakadilan bukanlah dicari.

Sebaliknya kehidupan berkasih sayang, penerapan nilai-nilai murni dan harmoni adalah penawar kehidupan yang sejati - bahagia dunia dan akhirat.

Paling dramatik ialah Sadam teruja buat pertama kali memeluk dan mencium anaknya dengan penuh kasih sayang; dan sebelum ini beliau hanya menatap potret anaknya melalui laman Twitter kiriman isterinya yang dikahwini sejak tahun 2016. - Kitareporters



Sumber: 

https://www.aljazeera.com/news/2020/12/11/uighur-family-reunited-in-australia-after-leaving-xinjiang


4
0
1
1
1

Copy Link: