SEORANG ibu melecur di kedua-dua belah kakinya apabila berusaha menyelamatkan seorang bayi berusia 5 bulan di dalam buaian dan seorang lagi anak perempuannya berumur lima tahun dalam kebakaran di Kampung Seri Kenangan, Sungai Tong, Setiu, Terengganu. : KitaReporters


ZURAIDAH Azahari yang sedang mendukung Mohamad Faris Sufyan dan di sebelahnya Nur Aufa Zahidah yang terselamat dalam kebakaran di Kampung Seri Kenangan, Sungai Tong, Setiu, Terengganu pada 16 Januari 2021.


Lagi cerita-cerita sedih berkaitan kebakaran:

https://kitareporters.com/search?search=kebakaran


Zuraidah Azahari, 42, terpaksa meredah api yang sedang marak membakar rumahnya bagi menyelamatkan Mohamad Faris Sufyan Yusman Heri, 5 bulan, yang berada  di dalam buaian berhampiran dengan api yang sedang marak di bilik, manakala seorang lagi anaknya, Nur Aufa Zahidah berumur lima tahun berada di dalam rumah. 

Zuraidah berkata walaupun kakinya terkena api dan dalam kesakitan, tetapi dia kuatkan semangat bagi menyelamatkan kedua-dua orang anak itu menjadi mangsa kebakaran pada pukul 5 petang, Sabtu 16 Januari 2021 itu.


RUMAH Zuraidah Azahari yang hampir musnah dalam kebakaran


``Ketika itu saya dalam keadaan cemas tidak memikirkan apa-apa lagi melainkan hanya menyelamatkan nyawa anak saya iaitu Nur Aufa Zahidah dan Mohamad Faris Sufyan selain barang-barang yang berharga berada di rumah itu. 

``Mujurlah  Nur Aufa Zahidah bagi tau saya ketika itu saya sedang mandi di dalam bilik air tentang api sedang marak di bilik berhampiran dengan buaian Mohamad Faris Sufyan lalu saya tergesa-gesa keluar dari bilik air ,’’ katanya ketika dihubungi pada petang,  Ahad 17 Januari 2021.



Zuraidah menceritakan kebakaran itu berlaku dengan sekelip mata sahaja dan berkata, api mungkin mula berlaku di bilik rumahnya kemudian ia merebak ke ruang dapur. 

Kebakaran itu mengakibatkan sebahagian rumahnya musnah, namun sebahagian lain sempat diselamatkan oleh jirannya dan penduduk kampung selain hujan lebat yang turun secara tiba-tiba semasa api sedang membakar rumah tersebut.



Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu yang tiba ke tempat kejadian itu turut memadam api kebakaran itu.

Ketika kejadian itu berlaku suaminya, Yusman Heri Mansor, 50, berada di tempat kerja, manakala lima lagi anaknya juga tiada di rumah kerana secara kebetulan berada di rumah jiran serta di rumah emaknya. 

Zuraidah memberitahu akibat kebakaran itu dia mengalami kerugian dianggarkan lebih RM50,000 termasuk peralatan elekrik, peti ais dan mesin basuh yang musnah.


 

YUSMAN HERI MANSOR


``Kalaulah tiada Nur Aufa Zahidah, saya rasa sudah tentu anak bongsu saya hangus dalam kebakaran kerana sewaktu itu saya sedang mandi tidak menyedari kejadian kebakaran itu terjadi. 

``Walaupun rumah saya tidak terbakar kesemuanya tetapi saya tetap bersyukur kepada Allah kerana dua anak saya terselamat dalam kebakaran itu ,’’ ujarnya yang mendapat rawatan untuk kakinya yang melecur itu di Klinik Kesihatan Sungai Tong, Setiu. - KitaReporters

5
2
82
3
5

Copy Link: