ENAH yang hendak bersalin diusung dengan tandu yang menggunakan kain sarung yang diikat pada batang buluh untuk dibawa ke Puskemas Pandeglang pada 3 Mei 2021. - Kredit foto: Dream.co.id


KEMUNGKINAN ia mengejutkan tetapi amat mengkagumi apabila warga desa terpaksa mengusung pesakit dengan tandu yang diperbuat menggunakan kain sarung yang diikat pada sebatang buluh sebagai alternatif mengantikan kenderaan bagi membawa pesakit terbabit mendapat rawatan di pusat kesihatan

Dalam hal ini, kira-kira 10 pemuda kampung sanggup mengusung seorang ibu hamil yang hendak bersalin sejauh empat kilometer untuk dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) dengan merempuh hutan serta kebun kelapa sawit pada 3 Mei 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibu hamil 

ENAH yang ditemui selepas bersalin di rumahnya di Lebakgedong, Pandeglang, Banten, Jawa Barat, Indonesia. - Kredit foto: detiknews


Walaupun ibu hamil itu, Enah, 39, yang mengandung tujuh bulan itu selamat melahirkan bayi kembar di Puskesmas Pandeglang, tetapi kedua-dua bayi lelaki tersebut meninggal dunia

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Lebakgedong, Pandeglang, Banten di Jawa Barat itu telah memaksa penduduk kampung terbabit mengusung Enah dengan menggunakan tandu yang diperbuat daripada kain sarung untuk membawa wanita itu mendapatkan rawatan di Puskesmas berkenaan.

IDN Times dipetik melaporkan, itu semua akibat kampung mereka tidak mempunyai jalan yang sempurna untuk dilalui semua kenderaan dan terdapat jalan di kampung itu rosak akibat banjir pada akhir tahun lepas (2020).


HUTAN dan kebun terpaksa dirempuh sebelum tiba Puskesmas. - Kredit foto : Kompas.com


Mereka terpaksa melalui jalan pintas dengan merempuh hutan serta kebun-kebun kelapa sawit sebelum sampai ke lokasi yang sudah ditunggu oleh kenderaan untuk membawa Enah ke Puskesmas.

Paling menyedihkan, sepanjang perjalanan itu, Enah yang sudah mempunyai dua orang anak itu terjatuh sebanyak dua kali dari tandu buluh disebabkan kain sarung mengusungnya koyak.

Wanita itu berkata, walaupun terjatuh dua kali daripada tandu dan perutnya berasa sakit tetapi dia tetap meneruskan perjalanan selepas kain yang koyak itu diganti kain lain.


Kredit foto : Kompas.com 


``Saya baru mengandung tujuh bulan tetapi entah macam mana sebelum kejadian dalam masa sehari perut saya sentiasa sakit serta memulas seolah-olah hendak bersalin menyebabkan.

``Lalu saya minta pertolongan dengan jiran-jiran supaya membawa saya ke Puskesmas,’’ katanya ketika ditemui oleh IDN Times pada 3 Mei 2021.

Di Puskesmas Pandeglang, Enah selamat bersalin bayi kembar, bagaimanapun seorang daripadanya sudah meninggal dunia di dalam perut, manakala seorang lagi bayi juga mati selepas beberapa minit Enah bersalin

Enah memberitahu, sungguh malang nasibnya kerana sudahlah dia berada dalam kepayahan untuk bersalin, tetapi kedua-dua bayinya pula meninggal dunia.


Kredit foto : Teropongpost


Sementara itu, seorang penduduk, Rizal Syaifulloh berkata penduduk kampung terbabit bukan sahaja mengusung ibu hamil malah sebelum itu sudah beberapa orang yang sakit teruk terpaksa diusung seperti Enah untuk mendapat rawatan di pusat kesihatan itu.

Ini kerana, katanya, jalan yang ada di kampung itu banyak yang rosak sehingga tidak boleh dilalui semua kenderaan dan sekiranya mereka menaiki motosikal sudah pasti terjatuh kerana jalan licin ketika musim hujan. - KitaReporters


ENAH selamat bersalin bayi kembar di Puskesmas Pandeglang, malangnya kedua-dua bayi lelaki itu meninggal dunia. - Kredit foto: IDM Times

13
7
67
7
8

Copy Link: