UNTUNG ORANG PAHANG!! MUIP SALUR BANTUAN
Published byDALAM kesibukan dan keprihatinan kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan kepada petugas barisan hadapan (frontliners) kesihatan, kini tiba giliran MUIP tampil menyalurkan bantuan kepada keluarga mangsa COVID-19. : KitaReporters
Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Kredit foto: Unit Komunikasi dan Media Pahang (Ukomp)
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) tampil menyalurkan Bantuan Khas sebanyak RM1,000 kepada keluarga pesakit COVID-19 di negeri ini.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, sumbangan bantuan ini diberikan bagi meringankan beban keluarga mangsa COVID-19.
“Selain itu, bantuan berjumlah RM250,000 turut disalurkan kepada Kerajaan Negeri bagi membantu pihak-pihak tertentu yang memerlukan bantuan untuk mendepani isu wabak ini.
“Kita juga memberi tambahan sebanyak RM200 kepada 3,030 orang penerima bantuan bulanan zakat (akan terus dimasukkan ke dalam akaun),” titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuantan pada Sabtu 21 Mac 2020.
MUIP terbaik!!!
Baginda yang juga Yang Dipertua MUIP bertitah, pihaknya juga memberi tambahan sebanyak RM200 kepada 9,664 orang penerima bantuan tahunan zakat yang akan terus dimasukkan ke dalam akaun.
“MUIP juga menyumbangkan sebanyak 20 set alat bantuan pernafasan (mesin tabung oksigen) kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh dan Hospital Kuala Lipis, selain sumbangan peralatan 'screening' kepada ketiga-tiga hospital ini,” titah baginda.
Baginda turut menyeru kepada semua GLC, badan korporat, NGO dan individu yang berkemampuan untuk bersama-sama menyumbang kepada tabung yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri.
Syabas dan terima kasih MUIP dan Tuanku!!!
Mohd Aminur Rahman Mohamed Rashid (dua dari kanan menyampaikan bantuan kepada penerima. - Kredit foto: FB https://www.facebook.com/aminurrahman5991
Dalam pada itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Sekilau, Masjid Saidina Ali bin Abi Talib Bukit Sekilau dan Persatuan Penduduk Bukit Sekilau, Kuantan bekerjasama tampil menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.
Pengurus Masjid Saidina Ali bin Abi Talib Bukit Sekilau, Mohd Aminur Rahman Mohamed Rashid, berkata ramai kalangan rakyat yang bekerja dengan bergaji hari dan peniaga kecil makanan terpaksa menutup kedai menyebabkan mereka kehilangan punca pendapatan terutama selepas kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020.
Beliau berkata, untuk fasa pertama, seramai 25 penduduk Bukit Sekilau kalangan peniaga kecil terpilih menerima sumbangan bekalan makanan dan wang tunai RM200 bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.
Kredit foto: FB https://www.facebook.com/aminurrahman5991
"Kita faham kesulitan mereka yang tidak dapat berniaga berikutan PKP.
"Golongan ini amat terkesan dengan situasi yang semakin membimbangkan ini. Tidak berniaga bermakna putus mata pencarian.
"Ketika inilah kita perlu bantu mereka dan kami mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan ini menerusi kutipan yang dibuat. Insya-Allah fasa kedua akan dilaksanakan minggu depan pula.
"Kita juga berharap lebih ramai lagi badan korporat, NGO dan orang perseorangan tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan termasuk Asnaf," katanya.
Syabas kepada semua pihak yang terbabit. : KitaReporters