Berita Terkini| Pindahkan babi tanpa kebenaran jabatan veterinar! Pemandu lori didenda RM4K!
Published byKredit foto: The Capitol Post
GARA-GARA memindahkan tiga ekor babi tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar seorang pemandu lori didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Pulau Pinang pada Selasa 13 April 2021.
Majistret Nurul Huda Idris membuat keputusan itu ke atas Oon Keng Hock, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan. Lelaki berusia 28 tahun itu juga dikenakan hukuman penjara dua bulan, jika gagal membayar denda berkenaan.
Keng Hock didakwa memindahkan tiga ekor babi hidup di hadapan pagar rumah di Tasek Gelugor menggunakan lori tanpa mendapat kebenaran bertulis pengarah negeri atau mana-mana pihak berkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang pada 11.58 pagi, 8 Disember 2020.
Pertuduhan mengikut Perintah 4 (1)(a) Perintah Haiwan
(Kawalan dan Pembasmian Contagious Abortion serta Penyakit Kuku dan Mulut) 2003
perintah bawah Subseksyen 36(1)(c)(i) Akta Binatang 1953 dan boleh dihukum
mengikut Subseksyen 36(7) Akta Binatang (Pindaan) 2013 (Akta A1452) yang
membawa hukuman denda maksimum RM15,000.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan
Veterinar Negeri, Roziman Awang Tahrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters