Terpisah 20 tahun! Menantuku anak kandungku! Anakku pula kini jadi menantuku! Macam mana tu?
Published bySuasana haru pada majlis pekahwinan apabila kedua-duanya mengetahul mereka adalah ibu dan anak sebenarnya. - Kredit foto: Daily Star
SEORANG wanita separuh umur di China mengalami situasi yang tidak diduga apabila menantunya adalah anak kandungnya yang terpisah kira-kira 20 tahun lalu.
Kejadian ini berlaku di Suzhou, wilayah Jiangsu pada Rabu, 31 Mac 2021. Dia hadir pada majlis perkahwinan anaknya dan bertemu dengan menantunya.
Menurut Daily Star, ketika itu dia terlihat tanda pada tangan menantuya. Ia mengingatkan dirinya bahawa dia pernah kehilangan anaknya kira-kira 20 tahun lalu yang punya tanda pada bahagian yang sama.
Dia lalu bertanya kepada ibu bapa menantunya. Mereka mengakui bahawa anaknya itu adalah anak angkatnya yang ditemuinya di tepi jalan ketika masih kecil.
Mereka mengganggap anak angkat itu sebagai anak kandung dengan diberi kasih sayang sewajarnya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibu
Si anak baru mengetahui dirinya hanya anak angkat pada majlis perkahwinan itu.
Namun di sebalik kesedihannya, muncul kegembiraan. Ibu mertuanya pula mengaku bahawa wanita itu adalah anak kandungnya yang hilang kira-kira 20 tahun lalu.
Dia menunjukkan tanda pada tangan menantunya sebagai bukti bahawa dia adalah anak kandungnya.
Majlis resepsi yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar dengan suara haru dan esakan tangis. Si ibu mertua berpelukan sambil menangis dengan anak sebenarnya.
Namun budaya di China tidak mengiktiraf perkahwinan adik beradik.
Namun masalah itu dapat diselesai dan perkahwinan kedua-duanya dianggap sah. Ini kerana si ibu mengesahkan bahawa pengantin lelaki adalah anak angkatnya. Ia diambil sebagai anak angkat kerana kehilangan anak perempuannya.
Beberapa hari selepas itu si ibu dan si anak melakukan ujian DNA dan disahkan mempunyai hubungan darah. - KitaReporters