DESAS-DESUS berkenaan Ifedayo Olusegun akhirnya terjawab apabila pemain ini sememangnya milik Melaka United dari awal lagi dan bukan pemain berstatus pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) seperti mana tular dalam media sosial ketika ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Datuk Wira Justin Lim telah memberi penjelasan berkenaan pemain itu dan beliau sangat kesal apabila berita yang sebenar telah diputarbelitkan oleh sesetengah media


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan Melaka United FC



Sejak berita itu tular, ia telah memberi gambaran negatif dan presepsi yang buruk secara keseluruhan untuk pasukan Melaka ini. 

Ini bermakna, berita yang menyatakan Ifedayo pemain pinjaman JDT adalah tidak benar sekali

Untuk perlawanan malam ini (2 Julai 2022) antara JDT menentang Melaka United, Fadhli Shas dan Syazwan Andik sahaja yang tidak turun beraksi kerana mereka status pinjaman dari JDT seperti mana dipersetujui sebelum ini manakala Ifedayo pula akan diturunkan dalam perlawanan tersebut. 

Diharapkan berita ini dapat menangkis presepsi buruk yang telah tersebar secara meluas dalam media sosial ketika ini. 

Adakah gandingan Ifedayo dan Norshahrul Idhlan Talaha akan meletup malam ini dan memberi kejutan untuk JDT? - KitaReporters


11
11
0
16
0

Copy Link: