Video| 17 tahun Hartuti jadi cikgu! Terima gaji RM105! Terpaksa tinggal sebelah kandang kambing!
Published byKediaman Sri Hartuti yang sebumbung dengan kambing di kampung Ngawi, Jawa TImur.
MUNGKIN anda kurang percaya seorang guru di Kecamatan Karanganyar, Kabubapen Ngawi, Jawa Timur yang gah mengajar anak didik di sekolah rupanya tinggal sebumbung dengan kambing berikutan desakan hidup.
Biarpun 17 tahun bergelar seorang pendidik di sekolah dasar di Indonesia, namun Sri Hartuti hanya menerima gaji bulanan hanya sebanyak Rp350 ribu (RM102.51) sebulan.
Keperitan yang dilalui memaksa ibu kepada tiga cahaya mata itu berteduh di sebuah rumah kecil bersama kambing peliharaannya yang hanya dipisahkan oleh dinding nipis dengan binatang berkenaan.
Lagi kisah menarik berkaitan kemiskinan
RUMAH yang didiami Cikgu Sri Hartuti bersama kandang kambing di Kecamatan Karanganyar, Jawa Timur. - kredit foto : Tribunnews.com
Biarpun tinggal sebumbung bersama kambing peliharaan suaminya, namun keputusan berkenaan langsung tidak membuat guru muda itu malu sebaliknya, berbangga kerana tidak menyusahkan sesiapa.
Malah, Sri Hartuti, 42, berasal warga Dusun Suren, Desa Pandean mengaku dia bersama suami dan tiga anaknya ikhlas tinggal bersebelahan kandang berkenaan.
Sebelum ini, lima beranak itu menumpang di kediaman orang tua sebelum membuat keputusan berpindah ke rumah sendiri kerana mahu berdikari dan tidak ingin menyusahkan kedua-dua ibu bapanya.
Sejak tiga bulan lalu, lima beranak itu tinggal sebumbung dengan kandang kambing peliharaan suaminya yang berusia 42 tahun.
CIKGU Sri Hartuti bersama suaminya, Andi Nugroho. - Kredit foto : Tribunnews.com
Akibatnya, anak-anaknya sering diejek rakan-rakan sisekolahannya disebabkan tinggal di rumah kediamannya yang berlantaikan tanah serta berdinding buluh serta sebumbung dengan kandang kambing yang agak berbau.
Namun ibu muda itu hanya mampu meminta anaknya bersabar dengan ejekan kawan-kawan sekolah.
‘’Anak saya yang kedua belajar di kelas 1 pernah mengadu bahawa dia sering diejek oleh kawan-kawannya kerana tinggal bersama kambing tetapi saya menasihatkan anak saya supaya bersabar," ujarnya.
‘
Kongsi Hartuti lagi, keadaan kediaman agak merunsingkan kerana strukturnya yang dibina daripada buluh tidak kukuh.
’Apabila hujan serta ribut, kami sekeluarga kesejukan akibat angin kencang menembusi di celah pohon buluh yang dijadikan dinding itu,’’ kata guru muda itu lagi.
Berdasarkan laporan sebuah portal berita Indonesia, Tribunnews.com pada 23 Oktober 2021 dipetik melaporkan Sri Hartuti tinggal lima beranak di rumah tersebut yang bertemankan binatang itu setiap masa.
CIKGU Sri Hartuti. - kredit foto : Tribunnews.com
‘’Meskipun rumah kami dalam keadaan daif dan tidak sempurna seperti rumah orang lain tetapi kami sekeluarga tetap bahagia serta selesa dengan penghidupan baru ini kerana kami tidak menumpang lagi kedua-dua orang tua.
‘’Begitu juga dengan gaji guru yang saya perolehi sekarang, walaupun tidak seberapa tetapi saya tetap tabah untuk mendidik anak-anak bangsa di desa ini daripada buta huruf yang kebanyakannya sudah berjaya belajar pada peringkat lebih tinggi,’’ katannya.
Wanita cekal itu mengakui kambing-kambing yang dipelihara oleh suaminya yang bekerja sebagai petani itu
dapat memberi pendapatan sampingan kepada mereka keluarganya bagi membeli barangan keperluan lain.
Bayangkan betapa mulianya hati Sri Hartuti walaupun pendapatan tidak sepadam dengan tugasannya berbanding gaji guru-guru di Malaysia dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan tetapi itu semua tidak pernah mematahkan semangatnya untuk menjadi warga pendidik demi anak-anak bangsanya.
‘’Anak didik saya ada yang menjadi polis, pengusaha perniagaan dan belajar di universiti,’’ katanya.
Dalam pada itu, kesulitan hidup serta kedaifan guru wanita itu mendapat perhatian daripada pemerintah selepas kisah hidupnya ditularkan dalam media sosial.
Ketua Dewan Pemerintah Daerah Karanganyar, Nur Yudhi M Ariffin berkata, dia agak terkejut dan bersimpati dengan nasib guru itu setelah mendapat khabar ceritanya bersama keluarga terpaksa tinggal berhampiran dengan kandang kambing.
Menurutnya, pihaknya akan membina sebuah rumah baharu di atas tanah milik Sri Hartuti yang dibeli daripada hasil jualan kambing dalam masa terdekat. - KitaReporters
Wakil rakyat di kawasannya membawa khabar gembira dan menyataka mahu membina sebuah rumah yang lebih sempurna kepada Sri Hartuti sekeluarga.