Video| Petani yang prihatin! Sumbang hasil pertanian kepada penduduk kampung! Terkesan Covid-19!
Published byPADA ketika pandemik Covid-19 masih teruk melanda, bukan hanya golongan berada yang menghulurkan bantuan.
Golongan berpendapataan sederhana yang berjiwa prihatin juga tampil menghulurkan sumbangan apa yang boleh kepada mereka yang lebih memerlukan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan petani
Lelaki warga Demak Ijo, Kecamatan Karangnongko, Klaten itu menyatakan, dirinya rasa terpanggil untuk membantu sesama masyarakat ketika keadaan sukar sekarang.
"Walaupun hanya petani, saya ingin berkongsi dengan masyarakat, jiran-jiran yang terkesan Covid-19," katanya kepada Kompas.TV, Khamis, 15 Julai 2021.
Selain menanam sayur-sayuran seperti tomato, saderi dan terong di sekitar halaman rumahnya, Yudo juga menanam padi dan pelbagai sayur di ladang.
Ketika waktu menuai, Yudo mengajak sejumlah anak muda di kampungnya untuk memungut hasil tanaman. Sebahagian dijual dan sebahagian lagi diberi secara percuma kepada penduduk yang memerlukan.
"Saya berkerjasama dengan ketua kampung untuk memberi bantuan sayur dan hasil beras kepada mereka yang memerlukan.” katanya.
Yudo menunjukkan tanaman cili yang ditanam di ladangnya. - Kredit foto: Tribun Jabar
"Ia sangat luar biasa, kerana di Demak Ijo juga ada yang terkena positif Covid-19," katanya.
Perkara senada juga diluahkan oleh Yusuf Rohmadi, iaitu salah seorang warga Demak Ijo. Menurut Yusuf, siapa pun boleh mengambil secara percuma hasil tuaian Yudo.