Video| Obses mahu cantik, akhirnya makan diri! Ukuran pinggang terlalu kecil! Sukar cari seluar!

Published by
KitaReporters

WANITA kelahiran Vietnam ini sanggup berlapar dan hanya makan sekali sehari demi memastikan impian memiliki badan cantik tercapai. - Kredit foto: odditycentral


WANITA dan kecantikan tidak boleh dipisahkan ibarat isi dan kuku sangat rapat! Tanyalah semua wanita pasti mengidamkan badan yang cantik, cumanya sanggup atau tidak untuk merealisasikan keinginan itu.

Ada kaum Hawa jika mahu cantik mereka mempunyai kekuatan tersendiri dan sanggup lakukan segala-gala termasuk menyeksa diri demi memastikan keinginan mereka tercapai.

Kisah sama turut berlaku seorang wanita Vietnam, An Ky seorang penari di Amerika Syarikat (AS) yang terlalu obses untuk cantik dan mahu memiliki tubuh yang ramping.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kecantikan



Memetik portal odditycentral, wanita berusia 26 tahun itu sanggup menyeksa diri dengan memakai bengkung setiap masa bagi memastikan dirinya memiliki pinggang yang ramping.

Dia hanya menanggalkan bengkung itu di sebelah malam ketika sedang berehat dan tidur sahaja sebaliknya pada masa lain bengkung adalah ‘kembar’ kepada dirinya.

Lebih mengejutkan dia sanggup menahan lapar dan hanya makan sekali sehari semata-mata mahu memiliki bentuk badan yang mengancam!

Aduh itu menyeksa diri namanya!

An Ky kini memiliki ukur lilit pinggang 46 sentimeter

Semasa berusia 18 tahun, An Ky memiliki berat 50 kilogram dengan saiz pinggang 60 sentimeter dan kini pada usianya 26 tahun, dia memiliki berat 37 kilogram dengan ukur lilit pinggang 46 sentimeter.



Menurut wanita itu dia sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat serta mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur setiap hari.

Malah dia hanya mengambil bahagaian dada ayam sahaja sebagai hidangan setiap hari bagi memastikan makan yang masuk ke dalam dirinya sihat dan tidak berlemak.

Dia juga turut mengira kalori setiap jenis makanan yang diambil bagi mengelakkan dirnya terlebih makan.

Malangnya kesanggupan dirinya yang sanggup melakukan segala-galanya itu ‘memakan dirinya’ apabila dia kini berdepan kesukaran setiap kali mahu mencari saiz seluar memandangkan ukur lilit pinggangnya terlalu kecil, sekali gus menyebabkan dia perlu mengecilkan sendiri seluar berkenaan setiap kali membeli seluar baru.

Keadaan itu membuatkan dia terpaksa mengeluarkan kos lain untuk mengecilkan bahagian pinggang.



An Ky  kini mendapat tumpuan warganet apabila foto saiz pinggang Ky dimuat naik dan dikongsikan kepada pengikut dalam media sosial.

Rata-rata warganet memberikan komen yang berbaur negatif dan kebanyakan mereka mengatakan pinggang itu kelihatan tidak asli.

Inilah padahnya jika terlalu obses! Kini akhirnya merana sendiri.

Tidak salah untuk cantik tapi wanita ini sangat berlebihan sehingga merana diri.

Semoga apa yang berlaku kepada An Ky menjadi pengajaran kepada semua tidak terlalu obses dalam mencari kecantikan sebenar! - KitaReporters


AN KY kini memiliki ukur lilit pinggang 46 cm itu berdepan kesukaran apabila mahu mencari seluar dan perlu mengeluarkan kos lain bagi mengecilkan bahagaian berkenaan.


0
3
0
0
2

Copy Link: