Video| Ibu bapa meninggal kerana Covid-19 selang dua hari! Anak hanya mampu laung azan di pusara!
Published byARGA sedang melaungkan azan di pusara ibunya yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 24 Julai 2021. - Kredit Foto : Tribunnews.com
SEORANG anak yatim piatu, Arga, 13, yang masih berada dalam kesedihan akibat kematian kedua-dua orang tuanya baru-baru ini kerana pandemik Covid-19 dilihat melaungkan azan di pusara ibunya sebagai kali terakhir mengiringi pemergian ibu tersayang yang meninggal dunia pada Jumaat 24 Julai 2021 lepas.
Dalam kejadian yang berlaku di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia, Arga dengan memakai baju PPE (peralatan pelindungan diri) tanpa disuruh oleh sesiapa pun hadir ke pengebumian jenazah ibunya, Deasy Setiawati, 40, yang meninggal dunia di Hospital Parikesit pada Jumaat 24 Julai 2021.
Lagi cerita-cerita pilu berkaitan yatim piatu
ARGA seorang anak yang soleh sedang melaungkan azan. - Kredit foto: Tribunnews.com
Sebelum itu, selang dua hari sebelum ibunya meninggal, Arga yang merupakan anak kedua daripada empat beradik telah kehilangan bapanya, Ali Yusni, 45, yang meninggal dunia di hospital yang sama pada 22 julai 2021 juga akibat Covid-19.
Dipetik Tribunnews.com pada Isnin 27 Julai 2021 berkata,
kedua-dua ibu bapa kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia akibat Covid-19.
Arga berkata, adik beradiknya teramat sedih kerana dalam masa jarak yang dekat, semua mereka telah kehilangan ibu bapa yang tersayang itu.
``Memang kami berada dalam suasana kesedihan kerana pada 22 Julai 2021 bapa kami baru meninggal dunia dan ketika itu kami masih bersedih lagi tentang kematian bapa saya dan ia bertambah sedih lagi apabila ibu saya pula meninggal dunia pada 24 Julai 2021.
``Kami empat beradik tidak mampu berbuat apa-apa hanya berserah kepada Tuhan selepas kehilangan tempat bergantung (ibu bapa) melainkan saya hanya mampu mengazankan di pusara ibu sebagai mengiringi pemergian kedua ibu bapa saya semuga mereka tenang di sana,’’ kata Arga.
Kredit Foto : Tribunnews.com
Sebuah video yang menunjukkan Arga sedang azan di pusara ibunya viral dalam media sosial.
Kanak-kanak itu berdiri sambil melaungkan azan dan beberapa petugas kesihatan dengan memakai baju PPE kelihatan di pengebumian ibunya.
Arga yang datang bersendirian di tanah perkuburan hanya ditemani beberapa ahli keluarganya manakala abangnya, Arya, 17, dan adiknya, Abai, 10, sedang menjalani kuarantin Covid-19 di Wisma Atlet Tenggarong.
Sementara itu, empat beradik yang nasib malang itu akan dijaga oleh ibu saudaranya, Norita iaitu adik kepada Deasy. - KitaReporters
NORITA (kanan) ibu saudara kepada Arga akan menjaga empat anak yatim piatu itu.- Kredit foto: Tribunnews.com
ARGA bergambar bersama dua sanak saudaranya. - Kredit foto: Tribunnews.com