PENYANYI, komposer dan pemuzik To’ki, 53, mengucapkan rasa syukur atas sumbangan pihak tertentu khususnya  Pusat Pungutan Zakat, majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dan masyarakat awam yang bersimpati penderitaan hidupnya dan isteri. : KitaReporters

To'ki mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Syukri. - Kredit foto: FB PPZ-MAIWP 

FB https://www.facebook.com/myzakat : Penyerahan kunci rumah daripada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff kepada To’ki menerusi program tanggungjawab sosial korporat Khaira PPZ dalam Program Usrah Saeedah. 


Ucapan syukur To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur ini diluahkan dalam majlis penyerahan kunci rumah sewa baharunya oleh PPZ-MAIWP pada petang Jumaat, 10 Julai 2020.

Serahan dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPZ-MAIWP, Ahmad Syukri Yusoff.

Seperti yang dijanjikan, PPZ-MAIWP mencari sebuah rumah flat 3 bilik di Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur dan telah dijelaskan sewaan untuk setahun. 

Turut disediakan adalah sejumlah barangan asas keperluan rumah. 

Menurut Ahmad Syukri, usaha kebajikan itu adalah dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Khaira PPZ di bawah program Usrah Saeedah.

To'ki berjanji akan berkarya lebih baik dan lebih mendekati agama. - Kredit foto: FB PPZ-MAIWP


Bagi To’ki dengan sumbangan itu, dia dapat menjalani hidup lebih selesa  bagi memboleh dia berkarya lebih baik dan berjanji lebih mendekatkan diri dengan Tuhan.

Insan seni yang popular sebagai penyanyi dan komposer pada awal tahun 1990-an ini terkenal dengan beberapa buah lagu berkonsep etnik Melayu, seperti Biasan dan Seni Berzaman.

Setelah namanya tenggelam dari persada seni tanah air, kisah To’ki muncul dalam berita Astro Awani hujung bulan lalu. 

Dan selepas itu kisah kehidupannya yang serba kekurangan itu mendapat liputan meluas dalam media cetak dan media elektronik.

Ini menyebabkan sejumlah pihak menghulurkan bantuan. Antaranya ialah tokoh amal tersohor, Ustaz Ebit Lew dan PPZ-MAIWP.

Kerana kesempitan hidup, To’ki dan isteri Sharifah Fairuz Syed Yusoff, 48, tinggal di sebuah pondok di pinggir hutan di Batu 10, Gombak, Selangor sejak setahun setengah lalu. - KitaReporters

1
1
0
0
0

Copy Link: