Hiba ibu tunggal! Anak OKU, ada ketumbuhan, kanser meninggal
Published byNASIB malang seorang ibu tunggal, Noraidah bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, dalam menyara kehidupan keluarga. Salah seorang daripada tiga anak lelakinya, selain disahkan oleh doktor menghidap ketumbuhan pada bahagian saluran darah utama, juga dikesan menghidap kanser paru-paru baru-baru ini. Terkini pada pagi Isnin, 6 Julai 2020, anaknya ini dipanggil kembali menemui Penciptanya semasa menjalani rawatan disebabkan paru-paru dipenuhi air di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, Selangor. : KitaReporters
Perkhabaran duka ini diberitahu oleh seorang pegawai di Lembaga Zakat Selangor Majlis Agama Islam Selangor (LZS MAIS), Qalam QaHa Hayat setelah menerima mesej WhatsApp daripada ibu tunggal berkenaan.
Sebelum ini pada Ahad, 5 Julai 2020 arwah dikejarkan ke Hospital Serdang kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan disebabkan para-parunya dipenuhi air.
Turut diberitahu ialah seorang kanak-kanak Kayyum Rosli,10, penghidap leukimia yang tinggal di Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor dan pernah disantuni pihak LZS MAIS pada 5 Jun 2020 lalu juga meninggal dunia pada pagi yang sama.
Ayah kepada kanak-kanak ini yang tinggal menyewa bersama ibu beliau, tiga anak yang masih kecil serta dua adik ipar tidak bekerja kerana memberi tumpuan menjaga arwah juga keadaan kesihatannya tidak mengizinkan akibat penyakit tibi dihidapinya.
(Enggan pindah! Pasangan warga emas lebih selesa rumah usang!)
Juga kepada pembayar zakat kerana anda semua sebahagian daripada penyumbang bagi kos perubatan dan rawatan kedua-dua Allahyarham berkenaan.
"Kami doakan agar keluarga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuh cabaran hidup yang mendatang," kata jurucakap yang mewakili LZS MAIS.
Sementara itu, bagi Noraidah, Ibu tunggal berusia 50-1n ini, anak sulungnya terpaksa merantau ke Singapura mencari pekerjaan dengan restu beliau sendiri.
Tapi buat masa ini, anak itu terpaksa melupakan hasrat pulang ke tanah air dalam masa terdekat disebabkan kerajaan Singapura masih mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi semua mereka yang berada di negara itu disebabkan pandemik COVID-19, sekalipun berjanji akan membantu ibunya menjelaskan bayaran sewa rumah yang didiami.
Allahyarham Aiman yang merupakan anak OKU pembelajaran mempunyai daya kreatif dalam menghasilkan seni khat. - Kredit Foto-foto: Qalam Qaha Hayat.
Anak kedua Noraidah, Allahyarham Aiman berumur 21 tahun juga merupakan anak berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) dari segi pembelajaran.
Bagaimanapun arwah tetap diasuh membiasakan diri dengan keadaan persekitaran dengan menjaja kuih dari rumah ke rumah di kawasan blok kediaman yang mereka sewa.
Anak bongsu Noraidah berusia 6 tahun masih bersekolah.
Ibu tunggal ini yang tinggal di Pangsapuri Sri Mutiara Putra Heights di Subang Jaya, Selangor ini dikesan menghadapi masalah beban hidup semasa kunjung ziarah para pegawai LZS MAIS pada Jumaat 3, Julai 2020 lalu hasil info yang diperolehi serta tindakan siasatan segera Penolong Amil Kariah, Haji Tahar.
Hasil kaji siasatan yang dijalankan oleh LZS MAIS untuk mendapatkan maklumat lengkap wanita ini mendapati berdasarkan pengiraan had kifayah, keluarga tersebut layak didaftarkan sebagai asnaf fakir.
Sehubungan itu, melalui kunjung ziarah para pegawai LZS MAIS yang terdiri daripada Ketua Operasi Agihan Daerah Petaling, Mohd Shahril Ritin bersama Eksekutif Operasi Agihan daerah, Arif Ikhwan memberikan kata-kata semangat dan perangsang serta syor bantuan mengikut keperluan untuk Noraida sekeluarga.
Antara hasil karya kreatif seni khat yang dihasilkan oleh Allahyarham Aiman anak OKU pembelajaran. Kegiatan kreatif seni khatnya mempunyai potensi dimasa depan.
Menurut Noraidah, anak lelakinya yang ke Singapura untuk mencari kerja, sewaktu awal pemergiannya memberi
jaminan supaya dia tidak perlu bimbang kerana akan membantu membayar sewa rumah RM600 sebulan yang didiami sekarang.
Bagaimanapun disebabkan PKP yang berpunca daripada wabak berbahaya COVID-19, anaknya itu terpaksa melupakan hasrat untuk pulang ke Subang Jaya, sekali pun pemergiannya direstui beliau.
Allahyarham Aiman berstatus OKU pembelajaran ini merupakan individu berbakat dengan menghasilkan beberapa karya seni khat dan seni bina institusi surau yang kreatif.
Karya yang dihasilkan seolah-olah arwah ingin menyampaikan hasrat isi hatinya.
Pada 6 Jun 2020, ibu tunggal yang cekal ini sekali diuji apabila mana pihak doktor yang merawat arwah Aiman mengesahkan dia menghidap kanser paru-paru.
Buat masa ini terpaksalah berulang alik ke Hospital Serdang untuk menjalani rawatan.
Pada pagi Isnin, 6 Julai 2020, arwah dipanggil menghadap Illahi semasa dalam proses menjalani rawatan paru-paru berair di ICU Hospital Serdang.
Salah seorang pegawai LZS MAIS membuat kaji selidik mengenai kehidupan Che Li @ Wahab Mahamud (kanan) dalam keadaan kesusahan semasa meyantuni beliau di rumahnya di Kampung Sungai Tengar, Sabak Bernam. - Kredit foto: Azizul Fitri.
Sementara itu, di Kampung Sungai Tengar, Sabak Bernam, para pegawai LZS MAISyang terdiri daripada Pegawai Operasi Agihan Zakat Daerah Sabak Bernam dan Penolong Amil Kariah meyantuni seorang warga emas yang tinggal bersendirian dalam keadaan kesusahan.
Che Ki @ Wahab Mahamud merupakan seorang penghidap sakit pundi kencing dan tidak boleh bekerja kerana terpaksa memakai tiub untuk membuang air kecil.
Beliau tinggal sendirian kerana isteri kesayangan baharu dua bulan lalu meninggal dunia dan Che Li baharu sahaja kembali ke rumah kediamannya di Kampung Sungai Tengar selepas urusan pengebumian arwah isteri selesai dijalankan di Klang disebabkan arwah meninggal di sana.
Kepada orang ramai terutama mereka yang berkemampuan dan layak mengeluarkan zakat, pihak LZS MAIS berharap golongan itu menunaikan zakat yang dituntut oleh Islam kerana melalui tindakan berkenaan secara tidak langsung dapat membantu kedua-dua keluarga insan yang memerlukan seperti Che Li @ Wahab Mahamud dan Noraida dalam menjalani kehidupan harian mereka.
Jambangan terima kasih diucapkan kepada semua mereka yang menunaikan zakat kerana anda semua adalah hero LZS MAIS. - KitaReporters