Video| Masjid kena serbu bukan kerana nak solat tarawih! Tapi nak hadiah wang RM15 daripada jutawan!
Published bySatu lagi kisah aneh pada bulan Ramadan berlaku di Indonesia. Solat tarawih di Masjid Jami' Al-Ilyas Desa Penjalinan, Kecamatan Gondanglegi Kulon, Kabupaten Malang, Jawa Timur kebanjiran hadirin.
Ruang solat sesak sehingga kawasan luar masjid terpaksa diletak khemah untuk solat.
Memang sebahagian pengunjung adalah untuk menjalankan solat tarawih. Namun kehadiran yang paling ramai adalah untuk mendapatkan hadiah wang sagu hati berjumlah Rp50,000 (kira-kira RM15) seorang.
Seorang pengusaha rokok yang juga jutawan dan dermawan di Kecamatan Gondanglegi, Kabupaten Malang, Jawa Timur yang dikenali sebagai Haji Sulaiman membuat kelainan dalam memberi sumbangan wang tunai kepada masyarakat setempat.
Dia memberi sumbangan Rp50,000 (kira-kira RM15) seorang kepada jemaah setelah selesai menunaikan solat tarawih.
Pengusaha rokok itu memperuntukan sebanyak Rp 250.000.000 sehari untuk 5,000 jemaah. Ikut jangkaan sehingga tamat Ramadan dia menyumbangkan sebanyak 75 milyar (kira-kira RM2.25 juta) kepada jemaah masjid.
Sumbangan dimulakan sejak awal Ramadan dan berjalan lancar sehingga 5 Ramadan.
Namun keadaan di masjid menjadi kecoh apabila berita itu ditular dalam laman sosial. Ia menyebabkan sejumlah masyarakat di Malang berdoyong-doyong ke masjid itu bukan dengan niat untuk bersolat tarawih, sebaliknya untuk mendapatkan hadiah wang tunai daripada jutawan itu.
Haji Sulaiman dikenali senagai jutawan yang dermawan
Mendengar berita sumbangan diberi kepada setiap yang hadir menyebabkan ada yang datang bersama isteri dan anak-anak. Bagi yang tidak mempunyai kenderaan sendiri seperti motosikal, mereka sanggup berkongsi menyewa kenderaan seperti van dan trak terbuka.
Keadaan jalan raya di sekitar Malang menjadi sesak dan penduduk sekitar masjid tidak selesa apabila kenderaan pengunjung diletak sembarangan di tepi jalan. Keadaan ini membuat pihak polis memberi amaran untuk memberhentikan kegiatan itu.
Justeru jawatankuasa masjid dan jutawan itu berbincang dan bersetuju untuk memberhentikan pemberian wang tunai itu mulai Jumaat, 22 Mac 2024.
Jutawan rokok itu berjanji akan memberikan lebihan sumbangan itu dengan cara lain. Ia membuat ramai yang kecewa datang dari jauh ke masjid itu namun tidak dapat sumbangan wang.