Kredit foto: Utusan Borneo


70 orang Penan dari perkampungan Long Kerangan di kawasan Apoh, Ulu Baram, Sarawak tersenyum lega dan menyambut mesra kedatangan wakil daripada Yayasan Mr DIY dan Tanoti yang menghulurkan bantuan kepada mereka selepas kebakaran dahsyat yang melanda perkampungan terpencil itu pada bulan Mac 2024 lalu. 

Kebakaran tersebut menyebabkan kerosakan besar, memusnahkan 17 pintu rumah panjang.

Yayasan Mr DIY dan Tanoti, sebuah kolektif yang terdiri daripada penenun dan artisan wanita Sarawak yang mengusahakan pengeluaran, promosi, dan penghasilan semula fabrik tenunan tangan.

Yayasan Mr DIY menyumbangkan pelbagai alat dan kelengkapan untuk membolehkan para penduduk membina pondok perlindungan sementara menunggu kerajaan membina semula rumah panjang mereka. 

Inisiatif ini dicetuskan oleh komuniti Tanoti, yang juga mengumpulkan sumbangan Yayasan daripada cawangan Mr DIY di The Hills, Kuching, dan menyerahkannya kepada Ajang Pen, Ketua Kampung Long Kerangan, dan jawatankuasa beliau.


Ahli Jawatankuasa kampung Long Kerangan, bersama ketua kampung Ajang Pen (duduk, dua dari kiri) dengan barangan sumbangan daripada Yayasan Mr DIY dengan kerjasama Tanoti. Di sebelah Ajang ialah Pengasas Tanoti Sdn Bhd.


Mengulas tentang inisiatif tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mr DIY, Zaleha Mohd Mydin berkata "Kami bersimpati dengan penduduk Long Kerangan yang kehilangan rumah dan harta benda mereka dalam kebakaran baru-baru ini.

"Kami berharap sumbangan ini akan membantu mengurangkan beban mereka sementara menunggu rumah baharu mereka siap dibina. 

"Kami amat berterima kasih terutama kepada komuniti Tanoti kerana memaklumkan kepada kami tentang nasib penduduk rumah panjang di situ dan memastikan bekalan yang disumbangkan sampai kepada penduduk yang terjejas. 

"Kerjasama dan sokongan mereka adalah contoh yang paling sesuai untuk menunjukkan bagaimana Yayasan Mr DIY bekerjasama dengan komuniti tempatan dalam menghasilkan impak yang positif kepada kehidupan rakyat Malaysia. 

"Kami berbesar hati dapat membantu penduduk Long Kerangan membina semula kehidupan mereka; kami turut berduka cita atas musibah yang menimpa mereka, dan kami komited untuk menyokong mereka sepanjang proses pemulihan ini."

Yayasan Mr DIY memberi tumpuan kepada perlindungan alam sekitar, kesihatan, pembangunan kapasiti, dan pemeliharaan seni dan budaya. 

Ditubuhkan pada Jun 2023, Yayasan ini komited untuk menghasilkan impak yang positif kepada kehidupan semua rakyat Malaysia. - KitaReporters/Kenyataan Media

12
12
0
22
0

Copy Link: