Kisah pilu dari Pusat Jagaan Insan! Suami dibuang isteri dan anak-anak! Kakak dibuang adik sendiri!
Published byMenjaga ahli keluarga yang sakit bukan mudah. Adakalanya pesakit perlu diuruskan dengan teliti bukan sahaja dari segi ubat dan rutin kehospital, tapi juga yang merawatnya terpaksa bersabar dengan macam macam karenah pesakit.
Hanya yang benar-benar sabar dan ikhlas dapat bertahan menjaga suami atau ahli keluarga yg sakit.
Benarlah menjadi perawat kepada ahli keluarga yang sakit seperti ibu ayah, kakak adik atau saudara mara yang lain memang besar cabarannya dan memerlukan keikhlasan menjaga mereka.
Kisah yang akan dibawakan dari pusat penjagaan warga emas kali ini ialah mengenai seorang lelaki yg dibuang oleh anak dan isterinya kerana beliau sakit buah pinggang yang kronik dan beliau tidak bekerja kerana masalah sakit yang dihadapinya.
Bila mendengar cerita seseorang itu dibuang oleh keluarga mungkin kedengaran sangat zalim, namun pasti ada cerita di sebalik semua ini. Apa pun kisah-kisah ini dibawa agar menjadi panduan dan nasihat kepada masyarakat dan generasi masa kini.
Encik Abu dari Kuala Lumpur dihantar ke Pusat Jagaan Insan oleh kawan kawan kerana dibuang oleh anak dan isterinya
Seorang penghuni Pusat Jagaan Insan di Semenyih yang hanya dikenali sebagai Encik Abu, 49 tahun, dimasukkan ke pusat jagaan ini, selepas dihantar oleh kawannya sendiri.
Anak dan isteri Abu sudah tidak mahu menjaga beliau kerana Abu mengalami sakit buah pinggang yang kronik hampir 13 tahun. Dia perlu buat dialisis setiap selang sehari, iaitu Isnin, Rabu dan Khamis. Bayaran RM250 sekali buat dialisis.
Menurut Pengurus Rumah Insan, Rafiq Aizuddin Rohimi, pihak Pusat penjagaan membayarkan kos rawatan dialis Abu kerana Abu tidak ada mempunyai wang simpanan dan memohon ihsan pusat jagaan berkenaan untuk menguruskan beliau.
Rafiq memberitahu, Abu tidak dapat menerima kenyataan hidupnya yang terpaksa tinggal di pusat berkenaan dan sakit, serta dibuang oleh keluarga. Disebabkan itu, Abu mengalami kemurungan yang agak teruk dan pernah mengamok, merosakkan pelbagai barangan ditempat berkenaan.
Namun dengan kesabaran pihak pusat penjagaan ini, mereka membawa Abu ke hospital untuk mendapat rawatan bagi kemurungannya dan menjaganya dengan baik di pusat penjagaan ini.
Mak Cik Fatimah, 86 tahun, dari Lenggeng, Negeri Sembilan
Sementara itu, seorang lagi penghuni di situ ialah Mak Cik Fatimah yang berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan. Beliau berumur 86 tahun dan datang ke Pusat Jagaan itu dihantar oleh adiknya sendiri.
Makcik Fatimah tak pernah berkahwin. Beliau tinggal seorang diri kerana tiada siapa hendak menjaganya. Makcik Fatimah sekarang menghidap penyakit dimensia di mana beliau perlu dipakaikan pampers dan sering lupa.
Ingatannya yang semakin pudar menyebabkan dia tidak dapat menguruskan dirinya sendiri dan tidak dapat bercerita mengenai masa silamnya.
Menurut Rafiq, Mak Cik Fatimah dulu adalah seorang yang berada. Tetapi beliau tidak tahu apa yang Fatimah lalui dalam hidupnya sehingga terlantar di rumah penjagaan warga emas ini.
Apapun menurut Rafiq, penghuni pusat Jagaan yang berjumlah 15 orang di tempat ini punya cerita masing masing.
Selain menjadi tempat menjaga warga emas, Pusat Jagaan Insan ini juga menjadi transit anak-anak menghantar ibu bapa mereka yang tua untuk beberapa hari atau sebulan dua.
Ada juga anak anak yang menghantar ibu bapa ke sini untuk tempoh beberapa hari sebab mereka akan ke luar negara bercuti atau bekerja di luar kawasan.
Rafiq juga memberitahu pusat jagaan ini amat bergantung pada sumbangan orang ramai dan pihak pihak korporat serta mereka yang ingin membantu pusat ini.
Ramai juga penghuni di sini tidak ada waris dan adalah golongan warga emas yang terbiar. Kos membiaya hidup penghuni-penghuni tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pusat jagaan melalui sumbangan orang ramai.
Bagi Rafiq, memang sukar jika pusat ini tidak mendapat sumbangan daripada mana-mana pihak kerana kos penjagaan warga emas di sini bukanlah murah, selain membayar bil tertentu seperti bil letrik, air dan lain lain. - KitaReporters
Penulis dan sahabat ketika melawat Pusat Jagaan Insan di Semenyih baru baru ini