Video| Anak diberi nama Banjer! Kerana lahir dalam lori ketika redah banjir! Semoga banjir rezeki!

Published by
KitaReporters
.

Banjir besar yang melanda wilayah Kalimantan Barat menyebabkan penduduk menghadapi banyak masalah seperti kerosakan dan kehilangan harta benda.

Sebahagian penduduk terpaksa dipindah ke tempat pemindahan sementara, namun masih ada yang enggan berpindah. 

Bagi penduduk di Dusun Suap, Desa Pasir, Kecamatan Mempawah Hilir, Kabupaten Mempawah, antara yang enggan berpindah ialah keluarga Miska dan isterinya Nila.


Proses bersalin dalam lori buat Nila 

Dan pada Jumaat, 30 Januari 2025, Nila, 34, yang sedang sarat mengandung tiba-tiba terasa nak bersalin. 

Ia membuat Miska yang tidak punya kerja tetap panik lalu mendayung sampannya ke hulur ke hilir sehingga bertemu dengan saudaranya Abdul Hamid.

Miska meminta pertolongan  saudaranya itu. Menurut Abdul Hamid perjalanan ke hospital sejauh 9 kilometer mengambil masa 3 jam dengan menaiki sampan.



Lalu dia menghubungi kawannya Sarjan Satu Amirudin yang mengetuai pasukan penyelamat di kawasan itu. Amirudin tahu Nila sarat mengandung kerana sebelum ini pernah meminta wanita itu berpindah namun enggan.

Lalu Amirudin mengarahkan sekumpulan pasukan penyelamat dan sebuah lori ke tempat tinggal Miska dan Nila. Selain Nila dan Miska, seorang bidan kampung dan beberapa anggota keluarga dan jiran turut mengiringi mereka.



Dalam banjir lori perlu dibawa berhati-hati takut mengundang bencana. Selepas lima minit dalam  lori, Nila terasa hendak bersalin. Bidan kampung menjalankan peranan dengan dibantu oleh beberapa ahli keluarga dan jiran.

Dan sekitar 20 minit kemudian proses kelahiran selesai pada jam 9.30 pagi waktu tempatan. Nila dan bayinya kemudian dibawa ke Hospital Rubini Mempawah untuk pemeriksaan lanjut.


Sarjan Satu Amirudin memangku 'Banjer' tidak lama selepas dilahirkan.

Lahir dalam lori dan dalam banjir memberi pengalaman tidak dapat dilupa. Ia membuat pasangan suami isteri ini memberi anak keempat mereka dengan nama unik ‘Banjer’ iaitu sebutan orang Kalimantan bagi banjir.

Miska dan Nila berharap kehadiran ‘Banjer’ akan memberi rezeki dan mengeluarkan mereka sekeluarga daripada kancah kemiskinan. Dan Banjer akan menjadi manusia berguna. - KitaReporters

11
10
0
11
0

Copy Link: