.


Usianya sudah 57 tahun dan mempunyai 8 anak serta 12 cucu dan memiliki pendapatan selesa sebagai tauke kayu bakau di Taiping, Perak. 

Namun kerana minat yang mendalam dalam bidang solekan dan hias pengantin, Megat Mat Akhir Megat Mohamad, lebih dikenali sebagai Megat Tan membuka butik pengantin dan menjadi pak andam bagi pengantin lelaki.

Megat Tan menegaskan dia bukanlah ‘lelaki lembut’ kerana kebanyakan yang menjadi pak andam adalah ‘lelaki lembut’. Sebaliknya dia masih menjadi pak andam kerana minat dan ada permintaan.


Megat Tan atau nama penuhnya, Megat Mat Akhir Megat Mohamad ingin jadi pak andam selagi sihat dan diperlukan.


Menurut Megat Tan dia berminat dalam bidang solekan sejak tahun 80-an dan memutuskan untuk membuka butik dan mula jadi pak andam iaitu membuat mekap dan grooming (berhias) pada 2016, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerana mahu memberi tumpuan kepada mengusahakan kilang kayu bakaunya, Megat Tan berhenti daripada menjadi pak andam pada tahun 2005. Namun beberapa tahun kemudian dia kembali membuka butik pengantinnya dan menjadi pak andam. 

Dia bermula apabila bertemu semula kawan lama pada 2017 dan belajar daripadanya teknik solekan lebih mendalam.



Walaupun sambutan awalnya hanya sederhana, namun perniagaannya mula rancak sejak 2020 setelah membuat promosi dalam laman sosial dan videonya menjadi pak andam tular. 

Akhirnya Megat Tan mula mendapat perhatian dakam media cetak dan elektronik. Dan terbaharu, Megat Tan dijemput muncul dalam program Malaysia Hari Ini di TV3 pada Rabu 15 Januari 2025.

Setelah mendapat promosi dalam laman sosial, media cerak dan elektronik, khidmat Megat Tan sebagai pak andam semakin diperlukan di seluruh negara.



Menurut Megat Tan, khidmatnya sebagai pak andam tidak hanya untuk menyolek pengantin. Malahan juga meliputi pakaian dan cara duduk di pelamin. 

Bagi tugas sebagai pak andam di sekitar Taiping dia hanya mengenakan bayaran RM250. Sementara di luar daerah dia akan mengenakan tambahan bayaran untuk kos perjalanan, makan dan penginapan.

Bagi bahan solekan dia menggunakan alat solek yang berkualiti. Butiknya turut menyediakan perkhidmatan mak andam untuk pengantin wanita.



Megat Tan bersyukur kerjanya sebagai pak andam dan membuka butik pengantin mendapat sokongan padu isteri Asmah Ariffin, 62, dan kelapan-lapan anaknya.   

Mereka turut membantu tugas di butik yang dikenali sebagai Nor Anggun Bridal termasuk menghias pelamin. 

Menurut Megat Tan dia akan meneruskan kerja sebagai pak andam selagi sihat dan masih diperlukan. Dia mendapat tempahan sebagai pak andam penuh sehingga hujung tahun ini (2025).

Megat Tan juga bersyukur kerjanya belum pernah menerima kritikan, kerana pelanggan-pelanggannya berpuas hati dengan perkhidmatan pak andam yang diberikan. - KitaReporters

13
21
0
9
0

Copy Link: