Ikan segar percuma! 10 tan metrik diedarkan di Parlimen Bukit Gantang! 2 dan 3 Jan 2024! 37 lokasi!
Published byPelbagai inisiatif diambil oleh pemimpin sempena sambutan tahun baharu 2025 dalam usaha membantu rakyat yang memerlukan.
Antaranya ialah menganjur pengedaran ikan segar secara percuma kepada penduduk setempat sekali gus meringankan beban rakyat yang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, pihaknya membuat edaran ikan segar seperti lolong dan pelaling di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Bukit Gantang pada 2 dan 3 Januari 2024 di kawasan Parlimen tersebut.
Katanya, ia
membabitkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Changkat Jering, DUN
Kuala Sepetang dan DUN Trong.
"Sebanyak
31 lokasi diedarkan di DUN Changkat Jering dan Kuala Sepetang pada 2 Januari 2024, manakala enam lokasi lagi pada 3 januari 2024 di DUN Trong.
“Saya memperoleh ikan segar di beberapa kawasan pendaratan seperti di Kuala Kedah (Kedah), Kuala Perlis (Perlis), Endau (Johor) dan Kuantan (Pahang) " katanya melalui sidang video pada program Gempar Rakyat di Taman Mewah dekat Kamunting, Taiping pada 1 Januari 2025.
Syed Abu Hussin yang juga Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) berkata, program ini bagi membantu untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Beliau
berkata, program seperti ini boleh diperluas ke seluruh negara.
"Saya
dapati rakyat di sini menyambut baik program ini kerana rakyat mendapat bekalan
ikan segar.
"Saya berkhidmat demi rakyat. Saya juga buat jualan murah dengan setiap pembelian diberikan diskaun 30 peratus," katanya. - KitaReporters