Ulam-ulaman segar yang dijual menjadi tarikan pengunjung.

Gerai ulam menjadi tumpuan orang ramai.

Pasangan suami isteri dari Pokok Sena, Kedah, Mohamad Fais Mohd Hashim, 30, dan isteri, Siti Adawiyah Abdullah tampil dengan kelainan apabila menjual pelbagai jenis ulam-ulaman kampung di pasar Ramadan bagi memenuhi permintaan penggemar makanan tradisional yang sihat.

Beliau yang berasal dari Pokok Sena, Kedah mula menceburi perniagaan ini sejak tahun 2017 dan memilih Stadium Darul Aman Alor Setar, sebagai lokasi utama perniagaannya setiap kali Ramadan tiba.


Mohamad Fais Mohd Hashim di hadapan gerai ulamnya di Stadium Darul Aman Alor Setar.


Isteri Fais, Siti Adawiyah Abdullah) turut membantu dalam perniagaan yang diusahakan ini.


Lebih daripada 50 jenis ulam dijual termasuk jantung pisang, petai bakar, terung bakar, pucuk paku, dan pucuk cekur yang dijual dalam pelbagai bentuk seperti segar, rebus, dan bakar. 

Selain itu, lapan jenis cabai turut disediakan antaranya ialah cabai biasa, cabai isi ikan, cabai buah konen, cabai pelam, cabai udang padang serta budu.

Menurut Mohamad Fais, ulam-ulaman ini diperoleh daripada hasil tanaman sendiri dan dibeli secara borong daripada pembekal serta melalui upah orang untuk mendapatkan bekalan terbaik. 


Pelbagai jenis ulam-ulaman yang dijual di tapak bazar jalan Stadium Alor Star.

Harga yang ditawarkan pula bermula serendah 60 sen hingga RM5.00 bergantung kepada jenis ulam yang dipilih.

Bagi pelanggan yang ingin membuat tempahan untuk kenduri atau majlis, mereka boleh menghubungi beliau menerusi talian 011-18915469. 

Perniagaan beliau beroperasi setiap hari bermula jam 3.00 petang dengan dibantu oleh isteri. - KitaReporters


Laksa, telur masin dan bermacam lagi barang dapur untuk memasak turut dijual.

12
19
0
14
0

Copy Link: