Keadaan Stesen Kereta Api Bekok, Johor yang mula beroperasi pada 19 Ogos 2024 lalu.


ADUN Bekok, Tan Chong (dua dari kanan) diberi penerangan mengenai kemudahan lif yang disediakan di Stesen Kereta Api Bekok semasa meninjau  kemudahan di stesen tersebut pada19 Ogos 2024.


Penduduk Bekok, Johor khususnya mereka yang menggunakan perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) boleh menarik nafas lega apabila stesen kereta api baharu yang lebih selesa mula digunakan pada 19 Ogos  2024 lalu.

ADUN Bekok, Tan Chong yang melakukan tinjauan bersama pemimpin setempat berpuas hati dengan aspek keselamatan serta kemudahan yang disediakan dan menyifatkannya mampu memberi keselesaan kepada pengguna.

Sebahagian penumpang yaang mula menggunakan Stesen Keretapi Bekok menunggu ketibaan tren KTMB dari Gemas ke Johor Bahru.

"Saya difahamkan pemindahan operasi ke stesen baharu ini dari stesen sementara bagi memberi laluan kerja-kerja pembinaan yang melibatkan tapak stesen sementara itu serta kawasan sekitarnya. 

"Pada masa ini hanya satu platfom sahaja digunakan iaitu platfom dua bagi mengelakan sebarang kekeliruan dalam kalangan pengguna selain belum terdapat keperluan untuk menggunakan kedua-dua platform ketika ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau kemudahan stesen kereta api tersebut pada 19 Ogos 2024.

Menurutnya, memandangkan hanya satu platform digunakan selain kedudukan kaunter tiket berada di pintu A,  pihak pengurusan tidak membuka pintu B kepada orang ramai ketika ini.

Sehingga dimaklumkan nanti, pengguna diminta menggunakan pintu A bagi memastikan kelancaran urusan selain dapat mengelakan kekeliruan serta sebarang isu keselamatan dalam kalangan pengguna.

ADUN Bekok, Tan Chong bertanya sesuatu kepada pegawai KTMB  mengenai operasi Stesen Keretapi Bekok yang mula dibuka ketika meninjau kemudahan stesen tersebut.


Kata Tan, Stesen Kereta Api Bekok merupakan stesen yang kedua beroperasi di daerah Segamat selepas Stesen Kereta Api Segamat yang mula digunakan pada penghujung Julai 2024 lalu, sementara Stesen Kereta Api Labis dijadualkan dibuka pada 27 Ogos 2024 nanti. 

Menurut beliau, stesen tersebut dijadualkan siap sepenuh dan boleh beroperasi secara maksimum pada April 2025 depan sementara pengoperasian serta pengumuman berkaitan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT).

"Saya berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di stesen ini termasuk terdapat  kemudahan lif bagi penumpang yang perlu menggunakan laluan yang menghubungkan antara platform 1 dan platform 2.

"Ia penting bagi memastikan mereka yang kurang berkemampuan seperti warga emas tidak perlu menggunakan tangga untuk bergerak dari satu platfom ke platform lain," katanya. - KitaReporters


Kaunter tiket Stesen Keretapi Bekok, Johor yang lebih selesa terletak di Pintu A stesen tersebut.

19
12
0
18
0

Copy Link: