Buku Putera Harry: Saya hanya barang ganti (spare)! Trauma hilang ibu, isteri dihina, medan perang!
Published byKETIKA media di Barat menyebarkan tohmahan kepada Harry dan Meghan Markle selepas buku Prince Harry Spare yang mereka tuduh penuh dengan fakta fiksyen semata-mata menarik perhatian dunia, akhbar utama di Asia melihat penerbitan itu sebagai nukilan menyayat hati tentang derita seorang remaja yang kehilangan ibunya, terbabit dalam pergaulan yang liar dan pengalaman di medan perang.
Pemerhati itu juga seolah-olah cuba memperlekeh usaha anak bongsu Lady Diana yang melepaskan semua keistimewaan diraja dan berhijrah ke Amerika Syarikat, 'membawa lari' keluarganya khususnya melindungi isteri daripada mengalami nasib yang hampir sama seperti ibunya - kemurungan dan kritikan negatif dari media United Kingdom yang asyik melaga-lagakan Meghan dengan Kate Middleton.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Putera Harry
The Indian Express menyifatkan buku itu luar biasa (extraordinary) yang merujukkan kepada keberanian Harry menulis secara terbuka dengan menyerlahkan kepayahan dan kepahitan bekerja sebagai kerabat diraja dan dia sendiri mengalami saat-saat trauma bertahun-tahun lamanya sehingga kelesuan teramat (burnout).
Harry memberitahu dia dalam senarai 'pelan B" tak lebih tak kurang kerana sudah mendengar lebih 20 kali lawak jenaka Raja Charles kepada Diana yang menggangapnya sebagai 'barang ganti' (spare) kepada abangnya William.
"Bagus! Awak sudah melakukan kerja yang terbaik. Memberikankan saya seorang pewaris dan siap dengan barang ganti (spare)," kata Charles sebelum dia meninggalkan Diana untuk bertemu dengan gundiknya pada masa itu.
Harry mengambil keputusan berkahwin dengan pelakon Meghan dan berpindah ke Amerika Syarikat untuk menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa.
BBC pula melaporkan Gedung Cetak Penguin Random House membayar hampir RM85 juta (AS$20 juta atau £16.5 juta) sebagai wang permulaan untuk buku Spare. Buku itu dijual seminggu lebih awal di Sepanyol. Spare dilancarkan ke pasaran pada 10 Januari 2023.
Sementara itu, ET Canada pula melaporkan ikutkan perjanjian, Harry’ dijangka memperolehi RM149 juta hingga RM170 juta AS$35 juta - AS$40 juta (£28 juta - £33 juta). Harry berjanji mendermakan sebahagian besar hasil jualan buku itu kepada pertubuhan kebajikan yang dinaunginya.
Akhbar Independent Edisi Asia melaporkan sebaik sahaja buku itu dibuka jualan, autobiografi hasil karya penulis upahan oleh Rumah Cetak Penguin Random House sudah terjual lebih 1.4 juta dari 2 juta naskah dengan 416 muka surat itu.
Ia memaparkan Harry meluahkan nukilan dalaman, muhasabah diri dan penghargaan ke atas kekuatan cinta sejati dalam merawat kesedihan.
BBC dalam laporan pada 13 Januari 2023, Penguin Random House dilaporkan membayar pendahuluan kepada Harry RM85 juta (AS$20 juta atau £16.5 juta) untuk buku termasuk jenis kulit tebal,audiobook dan e-book editions dijual di Amerika syarikat, Kanada dan United Kingdom.
Cinta adalah pengubat duka lara yang terbaik.
Ketika pengkritik utama pasangan itu, Pier Morgan dikatakan melemparkan buku itu dalam tong sampah, Harry menceritakan trauma kehilangan ibu, hilang teruna kepada seorang wanita tua, retaknya hubungan dengan William dan rasa terkilan Meghan diberi layanan ibarat dua darjat terutama bila ada kerabat mempersoal warna kulit anaknya.
Dia turut menceritakan secara terperinci pembabitannya dalam penagihan dadah dan operasi perang di Afghanistan bersama angkatan tentera British.
The Indian Express berkata, sebaik saja Harry dan Meghan melepaskan jawatan kanan kerabat diraja bekerja, pasangan itu 'didera' dengan amukan tohmahan dari pelbagai arah oleh media dan sistem kemasyarakatan negara itu. Ia seperti menjadikan buku itu sebagai rujukan politik sedunia untuk kempen merosakkan reputasi mereka.
Apa saja tindakan pasangan itu, semua yang negatif dihalakan kepada mereka yang kini menetap di California, Amerika Syarikat.
Harry memiliki dua anak, Archie dan Lilibet. Paling teruk pengkritik itu menuduh Harry cuba mencemarkan imej monarki yang sebenarnya sudah lama dipandang rendah oleh sebahagian besar rakyat negara itu.
Tinggal kenangan dengan ibunya, Diana dan kini berjauhan pula dengan abangnya, William. - Kredit gambar Harper Baazar
Keputusan Harry "angkat kaki" dari Istana Buckingham selepas menyaksikan peristiwa yang dilalui Meghan yang berasa terperangkap dalam istana tersebut dan berkelakuan seperti tidak mahu hidup lagi. Kes yang sama berlaku pada Diana yang ditinggalkan bersendirian dalam istana dan pernah menjatuhkan dirinya ke tangga, semata-mata menarik perhatian keluarga diraja itu.
Hubungan Harry dengan William juga retak apabila dua beradik itu bergaduh pada 2019 dengan William menarik kolar baju adiknya dan menolaknya sehingga terjatuh di lantai dan cedera di belakang badannya. Mereka berkelahi kerana William tidak sukakan Meghan yang waktu itu baru bergelar kekasih Harry yang disifatkan sebagai 'cerewet, biadab dan pengikis'.
Meghan yang mengambil inisiatif membawa Harry mendapatkan rawatan perubatan.
Harry turut menjelaskan masa pengkebumian datuknya, Putera Philip yang bergelar Duke of Edinburgh, berlaku sekali lagi perselisihan faham dengan abangnya dan Charles dikatakan marah pada kedua-duanya, "Tolonglah, jangan timbulkan masalah yang mendukakan hati pada hujung hayat saya ini."
Harry dan William pernah merayu Charles jangan menikahi Camilla yang dianggap 'musuh' cinta Diana. - KitaReporters