Hebatnya dia! Pengorbanan seorang kakak! Berjimat 12 tahun! Beri adik hadiah kahwin kereta, rumah!
Published byHUBUNGAN adik beradik ibarat air dicincang tidak akan putus. Itulah kehebatan ikatan adik beradik sentiasa ada pada saat susah mahupun senang.
Perkara sama turut berlaku kepada seorang wanita di China yang sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan adik lelakinya.
Memetik portal odditycentral.com, pada 30 November 2022 lalu, seorang wanita dari wilayah Anhui, timur China yang enggan mendedahkan namanya sanggup menjadi kedekut kepada dirinya sendiri dan berkorban semata-mata mahu menghimpun duit untuk kegunaan adik lelaki kesayangannya.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan nilai pengorbanan
Malah sangat membanggakan apabila dia berjaya menyimpan hasil titik peluhnya sendiri selama 12 tahun itu dengan membeli sebuah rumah pangsapuri dan sebuah kenderaan sebagai hadiah perkahwinan kepada individu yang paling dia sayang di dunia.
Wanita berusia 33 tahun itu memberitahu, hadiah berkenaan adalah hasil pendapatan daripada perniagaan menjual lempeng tradisi di restoran miliknya.
Katanya menjadi adat bagi masyarakat China, setiap lelaki yang mahu berkahwin perlu menyediakan sebuah kediaman yang sempurna dan memiliki kenderaan sebelum mencari isteri.
Atas dasar itu bagi memastikan proses adik lelaki untuk berumah tangga dia sanggup mengambil tanggungjawab berkenaan untuk mereliasasikan impian berkenaan.
Semuanya dilakukan demi kasih kepada adik beradiknya sendiri supaya dapat menyediakan sebuah rumah yang selesa dan membeli kenderaan sebelum mendirikan rumah tangga.
Kongsinya sepanjang tempoh menghimpun wang berkenaan dia menjadi sangat berkira dengan dirinya sendiri. Malah langsung tidak membelikan keperluan dirinya walaupun hanya sehelai baju.
"Sejak empat tahun lalu, saya sangat kedekut, walaupun untuk membeli pakaian baharu untuk diri saya sendiri,
“Walaupun belum ada rumah sendiri lagi namun keutamaan pada saya ketika ini adalah menyediakan sebuah rumah dan kenderaan kepada adik sebagai persiapan untuk dia berkahwin,” katanya dengan penuh ikhlas.
Bagaimanapun, kisah wanita hebat itu menjadi perhatian dan perdebatan hangat di China dengan sebahagian besar orang simpati dengan nasibnya.
Malah ada juga yang mengecam dengan kesungguhan wanita terbabit dan mempersoal adik lelaki yang dilihat terlalu bergantung kepada kakaknya .
Namun wanita berkenaan menegaskan dia tahu apa yang sedang dilakukan kerana hanya mereka adik beradik yang melalui keperitan hidup sejak alam kanak-kanak. - KitaReporters
Malah dia langsung tidak menyesal kerana ‘bersiap’ untuk adiknya sendiri.
Katanya setiap individu melalui perjalanan kehidupan yang berbeza menyebabkan dia tidak kisah mendahulukan keperluan abangnya sendiri berbanding dirinya sendiri.
Inilah kehidupan, hanya mereka yang lalui sahaja memahami apa yang dilakukan.
Semoga Tuhan membalas semula jasa baik dan pengorbanan suci yang dihulur oleh si kakak yang membantu adiknya untuk berumah tangga. - KitaReporters