TIDAK ramai dalam kalangan rakyat negara ini sanggup berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk menzahirkan rasa cinta dan bangga terhadap perjuangan membebaskan negara dari penjajah sehingga berjaya mencapai kemerdekaan.

Walaupun tidak dapat bersama tokoh-tokoh pejuang untuk memerdekakan negara namun semangat patriotik tetap membara dalam jiwa dan sanubari sebagai seorang pahlawan dan wira negara.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan semangat patriotik

Wan Dali Wan Ishak menunjukkan tanda bagus kerana berjaya menyiapkan replika kereta kebal. - Kredit foto: FB Setiukini


Bekas pesara anggota Polis Diraja Malaysia, Wan Dali Wan Ishak, 65, dari Bandar Permaisuri, Setiu,Terengganu, tetap bersemangat untuk menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 walaupun dengan secara tersendirinya.

Berbekalkan semangat yang dilatih sebagai seorang anggota keselamatan, Wan Dali ingin membuktikan walaupun dia sudah bersara daripada menjadi anggota polis namun semangat juangnya tetap tersemai dalam dirinya. 

Katanya, darah perjuangan ketika menjadi anggota pasukan keselamatan kini diterjemahkan menerusi usaha kreatifnya membina replika yang melambangkan unsur-unsur perjuangan memartabatkan kemerdekaan negara.


Replika kereta kebal ciptaan pesara polis Wan Dali yang diletakkan di hadapan restoran miliknya di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.


Menjelang sambutan Hari Kebangsaan yang bakal disambut oleh seluruh rakyat negara ini pada  Rabu, 31 Ogos 2022, Wan Dali mengabadikan sebuah replika kereta kebal di hadapan sebuah restoran miliknya di Bandar Permaisuri, Setiu.

Untuk itu, jiwa patriotik pesara polis berkenaan mendapat pujian daripada penduduk setempat terutama pengunjung yang datang untuk makan di restoran tersebut apabila melihat replika yang dibinanya sebagai tanda perjuangan.

Bagi melengkapkan replika tersebut, dia mengunakan kira-kira 30 helai bendera Malaysia (Jalur Gemilang) untuk membuat replika kereta kebal bersempena sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini.


Bendera Negeri Terengganu turut dihias di halaman restoran milik Wan Dali


Beliau yang menghabiskan masa selama empat hari untuk menyiapkan replika itu juga mengunakan papan plywood serta tayar terpakai dan buluh.

Selain replika kereta kebal, kedai makan Wan Dali juga dihiasi Jalur Gemilang dan bendera Negeri Terengganu di setiap sudut kawasan restoran sebagai tanda cintakan tanah air.

“Saya bangga kerana berjaya menyiapkan replika kereta kebal dan hiasan lain kerana dapat menarik minat pengunjung ke restoran selain menghayati erti kemerdekaan negara,” katanya. - KitaReporters


Jalur Gemilang menghiasi halaman restoran milik Wan Dali di Bandar Permaisuri,Setiu,Terengganu


18
12
1
15
0

Copy Link: