Video| Masya-Allah! Power sungguh suara Ahmad Azfar Azraie! Ketua Juri Tilawah Antarabangsa terkesima!

Published by
KitaReporters

Ahmad Azfar ketika menyertai Musabaqah Tilawah al-Quran Mazamir Dawud Peringkat Antarabangsa Al-Jazair 


Dia hanya seorang kanak-kanak, baru berusia 10 tahun, Ahmad Azfar Azraie, seorang qari cilik, berasal dari Melaka. Biarpun sifatnya sama juga dengan kanak-kanak lain yang gemar bermain `game` namun anak ini punya satu kuasa yang hebat, kuasa yang boleh `menyihir` pendengar. 

Apabila saja dia membuka mulut melantunkan ayat suci al-Quran, dia boleh menyebabkan pendengar terkesima dan kelu. 

Bukan saja penonton bahkan semua juri juga terpukau dengan bacaan ayat suci al-Quran yang dilantunkan adik Ahmad Azfar di Musabaqah Tilawah al-Quran Mazamir Dawud Peringkat Antarabangsa Al-Jazair (Algeria) terkini, yang mana adik ini muncul johan, bagi kategori bawah 15 tahun. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tilawah al-Quran


Kredit Facebook Echorouk online


Bagi pengikut acara tilawah al-quran, mungkin sudah mengetahui mengenai kehebatan adik ini dalam membacakan ayat suci al-Quran kerana telah menang beberapa kali. 

"Suaranya menyihir penonton dan juri, bacaannya sesuatu baharu dan luar biasa," ulas ketua juri Sheikh Ahmad Isa Al-Ma'syarawi dalam nada sebak sebaik selepas menghayati bacaan anak itu yang disifatkan sangat sempurna dari segala aspek, termasuk pengucapan bacaan, lengguk dan nada tinggi rendah suara serta tajwid.

Tidak hanya itu, bahkan menitis air mata ketua juri antarabangsa berkenaan sewaktu menghayati dan mengulas bacaan Ahmad Azfar. Dah kenapa sampai menangis?


Barisan jemaah juri di Musabaqah Tilawah al-Quran Mazamir Dawud Peringkat Antarabangsa Al-Jazair (Algeria) baru baru ini.



"Lantunan bacaan ayat-ayat suci anak dari Malaysia ini buat kami juri-juri sangat terkesan," ujar ketua juri berkenaan yang pertama kali mendengar lantunan suara qari kecil itu.

"Kita tidak pernah mendengar mutu bacaan semerdu dan setinggi ini," ulasnya sambil berkali-kali memuji anak dari Malaysia itu.


YouTube Anak Sholeh


"Kita tidak memiliki qari sehebat Ahmad Azfar, beliau melantunkan bacaan yang begitu bagus dari segi tajwid, lenggok dan irama yang luar biasa, apa yang dibacakan Ahmad dengan turun naik nada yang tenang dan merdu. 

"Apa yang disampaikan itu semuanya sesuatu yang baharu, cara berhenti, sambungan ayat ke ayat semua hal yang baharu, dalam memulai ayat juga sesuatu yang baru dan bacaannya sempurna, itu semua membuatkan saya kelu hanya mampu kata Masya-Allah!"

Tidak hanya kata-kata puji-pujian itu, Sheikh Al-Ma'syarawi kemudian meminta agar Ahmad Azfar datang kepadanya untuk beliau bersalaman dan beliau kelihatan turut mengusap dada Ahmad Azfar sambil menahan rasa terharu. Bahkan semua ahli jemaah juri juga turut berasa kagum.



"Bagi orang yang memahami bahasa al-Quran, sewaktu mendengar bacaan yang jelas dengan penekanan tinggi rendah suara sesuai mengikut isi cerita dan makna ayat, anak ini seakan mempertonton kepada kita apa yang diceritakan dalam ayat suci berkenaan.

"Kita seolah dapat melihat atau membayangkan apa yang disampaikan. Apa yang dibaca itu sesuatu yang sangat agung, banyak makna, tergambar oleh kita rentetan bagaimana kehidupan di akhirat," ulasnya lagi.



Pengulas pertandingan turut mengatakan anak itu akan menjadi menjadi ulama besar pada masa akan datang dan berdoa semoga Allah melindungi qari kecil itu daripada penyakti ain dan juga melindungi ibu bapa dan seluruh ahli keluarganya yang diketahui juga adalah qari dan qariah atau ahli bacaan ayat suci al-Quran.

"Bacaannya sangat indah, suara merdu, pembawaannya begitu menjiwai, yang mengerti maksudnya bisa sampai terlihat suasana yang diceritakan seakan menonton tayangan," kata seorang pengulas dalam YouTube, dalam saluran Anak Sholeh. 

Demikian pujian yang diberikan kepada Ahmad Azfar yang walaupun masih kanak-kanak, apabila mengaji dalam tilawah al-Quran suaranya matang seperti orang dewasa.



Anak kelima daripada tujuh beradik, Ahmad Azfar muncul juara Musabaqah Tilawah al-Quran Muzamir Dawud Edisi Ke-7, yang berlangsung di Algeria baru baru ini.

Ahmad Azfar adalah anak kepada pasangan Johan Qari dan Qariah Tilawah al-Quran peringkat negeri Melaka 2021 iaitu Azraie Abdul Hak dan Sarrul Munirah Haris.

Muzamir Dawud juga bermaksud lantunan indah Nabi Daud, adalah acara  tahunan anjuran Echorouk yang disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen satelit Al-Shorouk. - KitaReporters


Reaksi Youtuber Anak Sholeh yang turut terkesan sewaktu membuat reaksi video Ahmad Azfar di Tilawah al-Quran Muzamir Dawud. - Kredit foto: Youtube Anak Sholeh

9
13
1
13
0

Copy Link: