Video| Pelajar mengamuk di dalam kelas! Tumbuk guru sehingga cedera! Angkara ditegur kerana telefon!
Published byDUNIA hari ini semakin moden, namun arus kemodenan membuatkan lebih orang masyarakat dalam dunia hari ini hilang adat sehingga tidak boleh lagi berfikir dengan waras dan matang.
Terbaharu, seorang pelajar di sebuah sekolah menengah, Bowie Middle School di Odessa, Texas, Amerika Syarikat tergamak menumbuk seorang guru dan menghempas kepalanya di meja hanya disebabkan isu telefon bimbit.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kejadian menumbuk dan ditumbuk
Memetik portal 1079ishot.com, seorang pelajar lelaki gred lapan di sekolah Bowie Middle School di Odessa itu bertindak ganas dan kasar seperti ahli gusti dengan membelasah gurunya di dalam sebuah kelas pada 12 September 2022, lalu.
Semuanya kerana pelajar lelaki itu tidak puas hati dimarahi guru berkenaan.
Dalam rakaman video yang menjadi tular dalam media sosial menyaksikan pelajar terbabit berang selepas gurunya tidak membenarkan dia menggunakan telefon bimbit.
Perkara itu menyebabkan berlakunya tolak-menolak antara pelajar dan guru perempuan berkenaan sebelum pelajar memukul ke arah kepala dan muka guru malang itu.
Turut kelihatan pelajar berkenaan menarik rambut sebelum memukul ke arah kepala guru wanita berkulit hitam itu beberapa kali sehingga mengakibatkan wanita berkenaan terjatuh ke lantai.
Peliknya kejadian berkenaan menyaksikan drama tarik rambut berkenaan yang berlaku di dalam kelas tiada seorang pelajar pun berusaha untuk meleraikan pergelutan mereka.
Kesan pergaduhan berkenaan guru berkenaan dilaporkan terpaksa dihantar ke hospital dan menerima rawatan akibat kecederaan di kepala dan muka.
Sedih betul menyaksikan kejadian berkenaan.
Sepatutnya guru disanjung kerana dia adalah individu yang bertanggungjawab memberi dan menyampai ilmu sehingga menjadi bijak pandai.
Namun adat dan hormat itu semakin hilang menyebabkan penghormatan kepada individu bergelar guru kini semakin tipis dan hampir pupus.
Apa nak jadi? Semoga kejadian yang berlaku itu adalah yang terakhir dan tiada lagi kisah sama kembali berulang. - KitaReporters