Alahai! Tak selesa pak cik cakap kuat! Tapi rupanya tiada orang temankan! Alami masalah pendengaran!

Published by
KitaReporters


SELALUNYA kita lihat warga emas yang ke hospital membuat pemeriksaan kesihatan ditemani ahli keluarga bagi memudahkan mereka dan membantu mereka yang kurang sihat.

Namun berlainan dengan kisah seorang pak cik yang berusia 85 tahun ini yang bercakap dengan nada yang kuat sehingga menyebabkan pesakit lain di hospital tersebut berasa tidak selesa sehinggga tular dalam media sosial, Twitter.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pak cik-pak cik


Pak cik ini telah ditegur oleh seorang lelaki, tetapi dia disalah anggap.

Sebenarnya pak cik tua ini mengalami masalah pendengaran sehingga sukar untuk mendengar percakapan dan pengumuman yang dibuat.

Beliau ke hospital pada hari tersebut bertujuan untuk membaiki alat pendengarannya dan keadaan menjadi sangat sukar kerana tiada orang yang menghulurkan bantuan kepadanya



Apa yang lebih menyedihkan, dengan kelemahan ini juga beliau dilihat datang ke hospital seorang diri tanpa penjaga menyebabkan dia terpaksa berkomunikasi menggunakan kertas dan perkara tersebut menyebabkan ramai yang bersimpati.

Semoga kita semua membantu mereka yang memerlukan dengan ikhlas, anggaplah ada orang akan membantu ahli keluarga kita bila dalam kesusahan. - KitaReporters


14
15
1
10
2

Copy Link: