Video| Satu dalam sejuta! Wanita sanggup jaga warga emas OKU! Bukan darah daging pun! Ramai terharu!
Published bySEORANG wanita yang sanggup mengambil cuti kerja tanpa gaji bagi memberi tumpuan menjaga kakak angkatnya yang merupakan warga emas yang terdiri daripada golongan kelainan upaya (OKU) mendapat perhatian dalam media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @kedidi_kakipalsu, satu sesi temu bual dijalankan oleh kumpulan yang menawarkan pemberian kaki palsu percuma seorang bernama Salmah.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan keluarga angkat
Menerusi temu bual itu, wanita berkenaan yang kelihatan hilang separuh kaki sebelah kanan menyatakan beliau tinggal bersama adik angkatnya dikenali Rosmawati sejak 15 tahun lalu.
“Syukurlah dipertemukan dengannya, kalau tak... tak tahu makcik kat mana sekarang. Makcik sakit sebulan dia ambil cuti tunggu makcik di hospital, tanpa gaji... ada orang nak buat (macam Rosmawati)?,” katanya.
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terharu dengan kebaikan Rosmawati yang sanggup berkorban meninggalkan pekerjaan demi menjaga kakak angkatnya meskipun tiada pertalian darah.
“Allahuakbar, mulianya hati dia. Lebih dari darah daging sendiri, semoga diberi kemuliaan di akhirat nanti,” ujar @iamnobody.
“Satu dalam sejuta manusia berhati mulia, semoga Allah memberi syurga yang tertinggi” tulis @EhsanSalam.
“Semoga Allah membalas kebaikan buat hati yang baik,” doa @Safura. - KitaReporters