Mamadou Safayou Barry nekad merentas beberapa negara dengan sebuah basikal demi mencapi impian bergelar mahasiswa di Universiti Al-Azhar, Mesir. 

KESUNGGUHAN untuk mengubah hidup membuatkan seorang pemuda Guinea nekad mengayuh basikal sejauh 4,000 kilometer sendirian dan merentas Afrika Barat semata-mata mengejar impian untuk menjadi mahasiswa di Universit Al-Azhar, Kaherah di Mesir.

Memetik bbc.com, 21 September 2023 lalu, Mamadou Safayou Barry meninggalkan tanah air pada Mei 2023 lalu dan berharap menjadi seorang daripada mahasiswa  di universiti berprestij tersebut.

Sepanjang empat bulan perjalanan, pemuda berusia 25 tahun itu merentas lebih enam negara termasuk Mali, Burkina Faso, Togo, Benin, Niger dan Chad.


Perjalanan merentasi lebih enam negara membuatkan Mamadou nekad meneruskan perjalanan  demi mengubah nasib diri dan bergelar mahasiswa


Dia yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak mengakui kedudukan dan reputasi university al-Azhar telah medorong dirinya untuk tiba ke Mesir dalam apa jua keadaan termasuk membuat pengembaraan yang penuh cabaran.

Berkongsi cerita sepanjang perjalanan untuk menimba ilmu di negara orang, Mamadou berkata dia telah melalui pelbagai pengalaman yang akan dikenang seumur hidup ketika melalui negara-negara berkenaan.

Malah pernah ditahan sebanyak dua kali tanpa alasan kukuh iaitu di Burkina Faso dan sekali lagi di Togo.

“Di Mali dan Burkina Faso, orang memandang seperti saya orang jahat. Di serata tempat saya melihat tentera dengan senjata besar,” katanya.


Akhirnya impian bergelar mahahsiswa tercapai selepas diterima masuk ke universiti dan mendapat biasiswa penuh


Bagaimanapun, ketika tiba di Chad dia bernsib baik apabila bertemu dengan wartawan yang menemu bual dan memuat naik kisah dirinya dalam media social.

Keadaan itu menyebabkan ada pihak yang sudi membiayai penerbangan ke Mesir dan merealisasikan impiannya.

Situasi itu menyebabkan dia tidak perlu melalui Sudan yang merupakan negara yang bergolak dan berdepan Krisi kemanusiaan yang kritikal.

Tarikh 5 September 2023 lalu menjadi tarikh keramat kepadanya apabila selamat tiba di Kaherah dan Mamadou bersyukur kerana diterima belajar. 

Lebih indah apabila dia berjaya bertemu dengan Dekan Pengajian Islam, university berkenaan, Prof Dr Nahla Elseidy.

Malah, selepas pertemuan berkenaan, Dr Nahla bersetuju untuk menawarkannya tempat kepada pemuda hebat itu dalam bidang Pengajian Islam, dengan biasiswa penuh. 

Mamadou mengakui tawaran berkenaan merupakan hadiah paling indah dalam hidupnya kerana impian untuk menjadi mahasiswa kini menjadi realiti. 


Berjaya bertemu dengan Dekan Pengajian Islam, University Al-Azhar, Prof Dr Nahla Elseidy dan menawarkannya tempat di universiti dalam bidang Pengajian Islam dengan biasiswa penuh.


Dia mengakui perjalanan selama empat bulan yang terpaksa melalui pelbagai kisah sedih juga terpadam sekelip mata dengan kegembiraan yang dicapai berikutan berjaya bergelar mahasiswa Universiti Al-Azhar.

Diharapnya Mamadou berjaya menamatkan pengajian dan menggunakan peluang yang diberikan dengan sempurna. Malah mampu kembali tanah air untuk  berkongsi dan mengembang ilmu Islam. - KitaReporters

21
26
0
22
0

Copy Link: