Membersih lorong belakang rumah


Sepakat membawa berkat . Begitulah permuafakatan penduduk Taman Perumahan Seksyen 7 Platinum, Shah Alam yang telah berjaya mengadakan gotong royong dan sesi kenal mengenali antara jiran tetangga serta menjalinkan silaturahim bersama jiran-jiran tetangga Ahad 22 Oktober yang lalu. 

Seramai lebih 200 penduduk telah keluar menjalankan aktiviti gotong royong anjuran Persatuan Penduduk Seksyen 7 Platinum (PP7P) bagi membersihkan kawasan sekitar dan khususnya kawasan lorong belakang rumah yang selama ini sering terlepas pandang untuk dibersihkan kerana faktor kesibukan bekerja dan "jarang ada masa menjenguk di lorong belakang rumah".


jiran sepakat, bersama-sama bersih kawasan lorong belakang rumah

Jika selama ini lorong belakang rumah sering dianggap kawasan kotor dan tidak diberi perhatian seperti halaman depan rumah, kini apabila ia telah bersih, lorong belakang rumah bertukar wajah menjadi tempat menarik untuk bersilaturahim. 

Ramai penduduk berpuas hati terhadap kebersihan lorong belakang rumah yang telah dibersihkan bersama jiran-jiran.  

Usaha dan semangat kejiranan yang kukuh telah berjaya membersihkan hampir kesemua lotong belakang yang terdapat di taman perumahan berkenaan. 


Lorong belakang yang bersih


Bersih dan cantik.


Aktiviti Gotong Royong Madani ini dimulakan seawal 7.30 pagi dan kemeriahan mula terasa apabila ramai penduduk membawa juadah sarapan pagi secara pot luck untuk dikongsi bersama jiran-jiran. 

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi PP7P dan bersarapan pagi. Selepas itu gotong royong dimulakan di kawasan rumah masing masing. Meriah suasana gotong royong yang mengambil masa kira-kira 5 jam itu. 

Pada majlis yang sama ada juga kaunter bergerak pembayaran yuran sekuriti disediakan bagi memudahkan penduduk membayar yuran sekuriti di sana.



Bekerjasama

Bersihkan sama-sama

Rata-rata penduduk menyatakan rasa puas hati kerana PP7P dapat melaksanakan majlis gotong-royong yang telah tertunda beberapa kali kerana faktor yang tidak dapat dielakan. Kali terakhir gotong-royong diadakan di tempat berkenaan adalah 5 tahun lalu, sebelum PKP. 

Ramai yang menyatakan rasa gembira dapat menyertai gotong royong ini kerana selain menjalankan aktiviti sihat seumpama ini, mereka juga dapat mengenali jiran tetangga yang selama ini agak sukar untuk ditemui dan bertegur sapa kerana masing masing sibuk bekerja dan menjalankan uirusan harian yang sangat padat.  


Bersih


Penduduk berharap dengan kejayaan gotong royong ini, AJK PP7P dapat mengadakan aktiviti seumpama ini sebagai aktiviti  tahunan kawasan perumahan PP7P ini.  

Selain dapat menjaga kebersihan kawasan persekitaran dan menjalin ukhuwah sesama mereka, gotong royong juga dapat menghindarkan pelbagai penyakit seperti denggi dan penyakit bawaan binatang yang kotor, kata mereka. 

Semoga dengan menjalankan amalan kebersihan seumpama ini penduduk PP7P akan hidup dalam harmoni dan sejahtera serta bebas dari pelbagai ancaman penyakit. - KitaReporters


Sarapan pagi bersama-sama


Terbaik kerjasama penduduk PP7P

Rehat sebentar dan minum 

14
15
0
14
0

Copy Link: