Video| Perkahwinan unik: Pasangan kembar bernikah pasangan kembar! Majlis nikah juga bersama!
Published byPERKAHWINAN ini dianggap unik. Jarang berlaku pasangan kembar berkahwin dengan kembar secara bersamaan.
Lelaki kembar menikahi perempuan kembar secara bersamaan dan ketika bercinta pernah tertukar pasangan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kembar:https://kitareporters.com/search?search=kembar
Menurut Detik.com, Ellwanda Julianop Hidayat, 20, berkahwin dengan Rani Nurhaeni,19, sementara adik kembarnya, Ellwindi Junianfi Hidayat berkahwin dengan kembar Rani, Rina Nurhayati.
Ketika di sekolah menengah, Ellwanda bercinta dengan Rani. Sementara setelah tamat persekolahan baru Ellwindi bertemu dengan Rini.
Ellwindi tahu Rani juga mempunyai saudara kembar. Maka dia cuba mendekati pasangan kembarnya iaitu Rini.
Ketika bercinta masing-masing pernah tertukar pasangan. Pasangan kembar ini pernah melakukan pertemuan bersama.
Lucu wanita kembar suka mempermainkan mereka dengan berpakaian dan bersolek sama tetapi bertukar nama. Lalu jadilah ‘dating’ dengan pasangan berbeza.
Sementara itu ayah Ellwanda dan Ellwindi, Nopi Hidayat, 51, yang baru pulang dari Pekan Baru, Riau mengatakan pada mulanya Ellwanda memperkenalkan kekasihnya iaitu Rani. Tidak lama kemudian Ellwindi membawa kekasihnya, Rini.
Ia membuat si ayah tergamam tetapi akhirnya merestui hubungan anak-anaknya.
Sementara pasangan kembar wanita berharap mereka tidak terpisah jauh setelah berkahwin.
Setelah beberapa bulan berkenalan pasangan kembar bersetuju untuk diijab kabul. Namun menjadikan majlis perkahwinan itu unik dengan menjadikan majlis akad dan resepsi diadakan bersamaan.
Gambar perkahwinan mereka menjadi tular dan ramai yang mengharapkan pasangan kembar ini kekal hingga ke Jannah.
Ada juga yang mengusik, jangan tersalah bilik. Semoga nanti akan dapat anak kembar juga. - KitaReporters