Video| Tak dapat terima ketentuan isteri meninggal! Suami cuba gali kubur tapi akhirnya pasrah!
Published byMENERIMA kenyataan kehilangan orang yang paling disayangi bukan semudah kata-kata, namun sebagai umat Islam wajib untuk terima ketentuan itu dengan kesabaran dan keredaan kerana semua yang hidup pasti akan berakhir dengan kematian.
Kisah sama turut berlaku kepada seorang lelaki dari
Semarang, Indonesia dilaporkan bertindak luar kawalan dengan menggali kubur
isterinya yang meninggal dunia.
Kelakuan itu menjadi tular selepas video berkenaan dimuat naik dalam Instagram @fakta.indo dot telah tersebar luas dalam media sosial baru-baru ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kubur
Menerusi ruangan kapsyen pada hantaran video berkenaan, lelaki tersebut dikatakan tidak dapat menerima ketentuan dan menerima takdir isterinya telah dijemput Illahi.
Malah menerusi video yang berdurasi 15 saat itu
menyaksikan lelaki berkenaan yang memegang cangkul cuba menggali tanah kubur
miliknya isteri.
Mungkin kerana terlalu rindu dia tergamak melakukan.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak meneruskan usaha menggalikan sebaliknya menghumbankan muka dan dirinya ke arah tanah yang digali.
Dalam keadaan emosi tidak terurus, dia akhirnya tidak meneruskan hasrat itu.
Perkongsian video berkenaan telah disaksikan lebih 517,000 kali yang rata-rata sebak melihat aksi suami malang berkenaan.
Sabarlah setiap yang hidup akan berakhir dengan
kematian, walaupun terpaksa berpisah kita perlu teruskan kehidupan selain
banyakkan berdoa kepada si mati bagi memudahakan urusannya di sana.
Setiap perkara atau ketentuan itu adalah luar
daripada kotak pemikiran kita dan tidak boleh diubah-ubah kerana telah tertulis
sejak di Loh Mahfuz.
Meninjau ke ruangan komen ramai yang bersimpati dengan tindakan si suami itu dan berharap dia mampu menerima kenyataan pahit tersebut. Salam takziah. - KitaReporters