Petani ditahan! Pelajar sekolah 18 tahun bersalin dalam kelas! Ketika hadapi ujian akhir tahun
Published bySISWI yang bernama MW bersalin dalam kelas ketika dia sedang menjalani ujian akhir tahun di sebuah sekolah SMA di Kabubaten Bireuen, Aceh pada 15 Mac 2021. - Kredit foto: Tribunnews
SUASANA menjadi kecoh setelah seorang pelajar Sekolah Menengah Atas (SMA) bersalin di dalam kelas ketika dia bersama pelajar lain sedang menghadapi ujian akhir tahun di sebuah sekolah di Kabupaten (daerah) Bireuen, Aceh, Indonesia pada Isnin, 15 Mac 2021.
Pelajar perempuan terbabit yang dikenali sebagai MW berusia 18 tahun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.6 kilogram di dalam sebuah bilik darjah sekolah berkenaan secara bersendirian tanpa bantuan jururawat.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan (Waktu Indonesia Barat), ketika semua pelajar termasuk pelajar perempuan itu sedang menjalani peperiksaan dan tiba-tiba MW mengadu pada rakan-rakannya dia sakit perut untuk pergi ke tandas.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan bersalin:
https://kitareporters.com/search?search=bersalin
Mengikut laporan Tribunnews.com pada Selasa,16 Mac 2021 dipetik berkata apabila melihat keadaan yang mecurigakan serta wajahnya berubah akibat sakit perut menyebabkan tiga rakan MW turut sama menemani pelajar perempuan itu ke tandas.
Bagaimanapun, sebelum sampai ke tandas, MW mengadu pula pada rakannya bahawa dia sakit perut serta perutnya sentiasa memulas dan sesuatu benda yang akan keluar pada kemaluannya.
Menurut rakan pelajar MW itu, sebaik sahaja dia mendengar khabar perkara demikian menyebabkan mereka menjadi kelam kabut lalu menyuruh pelajar itu pergi ke sebuah bilik darjah.
BAYI lelaki seberat 2.6 kilogram yang dilahirkan oleh MW di dalam kelas. - Kredit foto: Tribunnews
Rakannya berkata, selepas menempatkan MW yang sedang dalam kesakitan itu di kelas berkenaan, mereka keluar untuk mencari guru sekolah bagi memaklumkan mengenai kejadian yang menimpa ke atas rakannya.
``Namun apabila saya serta guru-guru sampai di bilik darjah itu mendapati MW sudah melahirkan seorang bayi bersendirian di atas lantai dalam keadaan selamat.
``Saya, rakan serta guru-guru amat terkejut kerana MW sakit perut semasa berada di dewan peperiksaan tadi rupa-rupanya dia hendak bersalin,’’ katanya.
SELEPAS bersalin MW dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan selanjutnya.
Selepas bersalin di kelas itu, guru-guru telah menghantar MW ke hospital untuk lawatan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bireuen, APK Fadillah Aditya berkata berikutan kejadian tersebut pihaknya telah menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang berkerja sebagai petani dan berasal dari Kecamatan Samalanga, Bireuen.
BAYI MW dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. - Kredit foto: Trinbunnews
Katanya, suspek yang sudah beristeri dipercayai melakukan hubungan intim dengan mangsa bermula pada Mei 2020.
``Hasil siasatan polis mendapati suspek telah melakukan
hubungan sebagai `suami isteri’ sebanyak lima kali sejak tahun lepas (2020) dan
pergaulan mereka yang terlarang itu tidak diketahui oleh kedua-dua ibu bapa mangsa,’’
kata Fadillah. - KitaReporters