Video| Allah bayar cash! Makan tengah hari pada bulan puasa! Kedai makan atas longkang runtuh!

Published by
KitaReporters

Kelihatan beberapa orang pelanggan yang terperosok ke dalam longkang cuba untuk naik bagi menyelamatkan diri semasa kedai makan yang dibuka pada bulan puasa untuk orang ramai makan tengah hari di satu kawasan di Desa Kebon Sawahan, Jawa Tengah. Indonesia itu runtuh. - Kredit foto: Video Instagram @andorobeii.


BERPUASA suatu yang dituntut oleh agama buat semua umat Islam tidak terkecuali anak-anak sudah baligh atau cukup umur. Hanya mereka yang uzur atau sakit tidak boleh sembuh diberi pengecualian berpuasa. Bagaimanapun individu berkenaan dikenakan denda dengan membayar fidyah disebabkan tidak mampu menunaikannya.

Sehubungan itu, sebagai individu yang sentiasa mengaku dirinya Islam dan mentaati suruhan agama, kita wajib berpuasa dalam apa juga keadaan sekalipun. Jika tidak dapat melakukannya kerana sebab-sebab dibenarkan oleh agama janganlah makan atau minum di khalayak ramai sama ada di gerai atau kedai makan sekalipun dengan cara sembunyi-sembunyi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Indonesia

Dari runtuhan kedai makan yang dibina menggunakan struktur kayu di atas longkang besar menjadikan peralatannya termasuk kerusi dan meja terperosok ke dalam kelongkang berkenaan.


Memang diakui di mana-mana sahaja setiap kali kehadiran Ramadan selama sebulan akan ada mereka yang tidak berpuasa. Ini memang tidak dapat dinafikan termasuk di negara kita Malaysia dan negara-negara yang ada penduduk Islam.

Pada Ramadan 1442 Hijrah tahun ini antara ramai-ramai yang gagal menunaikan ibadat puasa  termasuklah sekumpulan anak muda dan orang ramai di satu tempat di Jawa Tengah, Indonesia dan mereka ini tidak diketahui kenapa tidak berpuasa.

Sudahlah tidak menunaikan kewajipan berpuasa, mereka yang terlibat makan tengah hari secara sembunyi-sembunyi di sebuah kedai makan dengan strukutur binaanya daripada kayu dan kelilingnya ditutup dengan kain pemidang atau banner (pemidang) bersaiz besar untuk mengelakkan daripada dilihat orang ramai.

Gerai yang dibina di pinggir jalan di atas sebuah longkang besar dengan keadaan airnya berwarna hitam dipenuhi lumpur dan kotoran serta bersampah sarap.



Melalui sebuah video yang dimuat naik dalam aplikasi Instagram milik akaun @ndorobeii memperlihatkan orang ramai termasuk sekumpulan anak muda yang dipercayai pekerja di kawasan berhampiran datang makan tengah hari di situ.

Disebabkan bilangan mereka yang datang agak ramai menjadikan sebahagian struktur kedai makan berkenaan tidak dapat bertahan dan tiba-tiba runtuh ke dalam longkang kotor tersebut. 

Melalui paparan video itu ada sebahagian daripada mereka yang kelihatan terjatuh ke dalam longkang dalam keadaan kotor bercampur lumpur dan berbau busuk. 



Kejadian itu berlaku semasa orang ramai sedang makan tengah hari dan ada yang masih membuat pesanan.

Malahan pada kejadian itu sebahagian peralatan termasuk meja dan bangku turut terjatuh ke dalam longkang. Manakala mereka yang terperosok ke dalam longkang ada yang dipenuhi kotoran seluruh badan hingga pakaiannya jadi hitam dan ada yang hanya antara lutut ke bawah sahaja.

Berikutan kejadian yang berlaku itu, keadaan di situ menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa seolah-olah bagaikan pesta lucu lakunya lebih-lebih lagi bila melihat mereka yang berkeadaan kotor setelah jatuh ke longkang berkenaan.

Malahan mereka yang jatuh dilihat seorang demi seorang naik ke tebing longkang dalam keadaan comot dan kotor sambil diperhatian oleh mereka yang melalui jalan tersebut.


Keadaan air longkang dimana kedai makan tersebut didirikan berwarna hitam dan bercampur lumpur dan kotoran termasuk sampah sarap.


Malahan ada seorang mangsa seluruh pakaian yang dipakainya kelihatan hitam disaluti air longkang berwarna hitam dan berlumpur.

Kedai makan berkenaan yang terletak di tepi jalan laluan utama di buka waktu siang di bulan Ramadan dan menjadi tumpuan ramai terutama mereka yang bekerja di kawasan sekitar untuk makan tengah hari.

Daripada maklumat melalui cacatan pada video berkenaan, kedai makan tersebut terletak berhampiran SMK Bhina Tunas Bhakti, di Desa Kebon Sawahan, Juwana, Pati di Jawa Tengah.

Video tersebut menjadi tular dan bahan ketawa orang ramai terutama mereka yang menontonnya.

Apakah kejadian yang berlaku suatu kebetulan atau antara amaran Allah S.W.T. sebagai peringatan supaya mematuhi  suruhannya. Mungkin juga sebagai hukuman atau kifarah kepada mereka yang tidak berpuasa sebaliknya makan di khalayak ramai tanpa segan atau malu.

Jadikanlah iktibar daripada peristiwa ini, segalanya boleh berlaku dengan izin Allah lebih-lebih lagi jika kita tidak mematuhi arahan dan suruhan-Nya. - KitaReporters


Dua pemuda yang menjadi mangsa runtuhan kedai makan yang dibina diatas longkang besar kelihatan seluruh pakaian dibadannya kotor kerana air yang hitam bercampur lumpur (kanan) manakala seorang lagi sebahagian anggota badan termasuk tangan dipenuhi lumpur hitam. (kiri) .


Sebahagian orang ramai yang melihat kejadian kedai makan ditepi longkang runtuh riuh gelak ketawa seolah-olah bagaikan satu pesta.


4
6
0
2
1

Copy Link: