JOM bersama-sama kita membantu dan menginfak sumbangan bagi meringankan bebanan kehidupan penduduk miskin apatah lagi fakir bukan setakat dalam negara bahkan di luar negara yang menagih simpati. Sehubungan itu, D Azam Imtiyaz Resources melancarkan projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Water4U di Meherpur, Bangladesh baru-baru ini. : KitaReporters

Meherpur, Bangladesh itu adalah lokasi pertama Ukhuwah Tijarah menjalankan projek CSR mereka. 



Lagi cerita-cerita berkaitan infak:

https://kitareporters.com/search?search=infak


D Azam Imtiyaz Resources merupakan syarikat pemasaran program kemanusiaan dan ejen berdaftar syarikat Ukhuwah Tijarah. Organisasi yang sudah lima tahun beroperasi itu mendapat kerjasama Ukhuwah Tijarah bagi mengendalikan pelbagai projek luar negara dan tempatan seperti infak Iftar Ramadan For Syria; UQurban Bangladesh dan Tanzania; Kenduri Kambing Malawi; dan UTahfiz Syria, di samping projek Waqaf Quran Afrika dan Program Kem Solat, Ibadah serta Bahasa Arab untuk anak tempatan.

Water4U merupakan projek menyediakan bekalan air bersih kepada penduduk kampung miskin dan fakir di Meherpur itu adalah lokasi pertama Ukhuwah Tijarah menjalankan CSR mereka. Projek ini akan berjalan selama sebulan selepas dilancarkan pada awal bulan Ogos 2020 ini. 

Seramai 130,000 penduduk di Meherpur adalah populasi miskin atau fakir.


Dianggarkan kira-kira 655,392 penduduk di Meherpur atau  lebih kurang 20 peratus iaitu kira-kira 130,000 penduduknya adalah populasi miskin atau fakir akan menikmati bekalan air bersih menerusi projek Wataer4U yang mendapat kerjasama Dr Jamal Uddin Foundation. Projek itu turut dirancangkan akan diadakan di Yaman (Yemen).

Duta D Azam  Imtiyaz Resources, Dr Azlan Shaiful Baharum, berkata wakil organisasi berkenaan sudah terlebih dahulu pergi ke perkampungan di Meherpur bagi menimba pengalaman situasi kesusahan penduduk di situ khusus bagi mendapatkan bekalan air bersih.


Menurutnya, daripada laporan itu, projek Water4U dilancarkan dengan menawarkan produk dan pakej ‘Tube Well’ atau Telaga Tiub yang sering digunakan oleh penduduk tempatan di sana bagi mendapatkan bekalan air untuk keperluan harian di rumah seperti air minuman termasuk untuk ternakan dan sebagainya.

Katanya, dalam tempoh sebulan projek ini dijalankan D Azam Imtiyaz Resources akan menyediakan 40 telaga tiub kepada penduduk sekitar Meherpur jika dalam tempoh tiga minggu lebih hasil belian slot telaga tiub itu dibeli melebihi 35 unit.

D Azam Imtiyaz Resources akan mencatatkan nama-nama mereka yang menginfak pada telaga tiub itu. 


“D Azam Imtiyaz Resources membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut serta dengan membeli pakej yang ditawarkan iaitu pakej/unit RM1,750 sahaja dan pakej/slot RM250. Pakej slot ini adalah pecahan daripada harga sebuah telaga tiub yang dibahagikan kepada tujuh slot untuk sebuah telaga.

“Operasi pembelian dan pembinaan telaga tiub itu akan dilakukan dengan kerjasama Dr Jamal Uddin Foundation. Nama-nama mereka menginfak dalam pembelian slot telaga tiub itu akan dicatatkan pada telaga itu,” kata Dr Azlan Shaiful.

Setakat ini sambutan terhadap projek Water4U Meherpur amat memberangsangkan. 


Dr Azlan Shaiful berkata, sambutan yang diterima terhadap projek itu amat memberangsangkan apabila ramai yang ingin membantu penduduk di Meherpur seperti yang berlaku dalam tiga projek besar sebelum ini.

Menurut beliau, projek itu sangat murni kerana kita membantu penduduk yang mengalami kesukaran mendapatkan bekalan air dalam situasi kehidupan mereka yang miskin jika dibandingkan dengan penduduk di Malaysia.

Pendaftaran untuk menginfak pembelian slot sudah dibuka awal bulan Ogos ini dan akan ditutup 28 Ogos 2020 ini. Bayaran boleh dibuat terus ke akaun Maybank D Azam Imtiyaz Resources 56202 1642806

Maklumat lanjut boleh hubungi Dr Azlan Shaiful di pautan http://www.wasap.my/60133491715. - KitaReporters

13
1
1
0
0

Copy Link: