Temui cinta sejati? Wanita berkahwin dengan beg pakaian!
Published byYA, cinta itu memang buta tetapi tidaklah sampai menyintai benda atau objek yang tidak bernyawa. Itu cinta gila namanya! Namun, seorang wanita membuktikan cinta itu benar-benar gila apabila mengakui kepada umum bahawa dia lebih menyukai benda atau objek yang tidak bernyawa. : KitaReporters
Gordon mengakui lebih menyukai benda atau objek daripada manusia. - Kredit foto: Mirror.com
Lagi kisah-kisah berkaitan percintaan:
https://kitareporters.com/search?search=percintaan
Lapor portal Mirror.com, wanita bernama Rain Gordon, 24, itu mengakui jatuh cinta dan ghairah dengan benda atau objek. Malah, dia sanggup berkahwin dengan beg pakaiannya sendiri yang dianggap sebagai ‘suami’.
Menurut Gordon, objek ini adalah tempat dia mencari cinta dalam hidupnya. Dia berkahwin dengan beg pakaian tersebut yang dinamakan Gideon pada Jun 2020 yang lalu.
Cinta itu buta! Ia telah dibuktikan oleh Gordon apabila memilih beg pakaian sebagai suami. - Kredit foto: Mirror.com
Perkahwinan pelik ini diaturkan oleh rakan baiknya. Jelas
Gordon, dia pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki satu ketika dulu. Namun anehnya
dia tetap tertarik dengan dan selesa menjalinkan hubungan dengan benda atau
objek.
Wanita muda ini pertama kali bertemu dengan ‘bakal
suami’ (beg pakaian) pada bulan Ogos 2015 setelah membelinya di kedai perkakasan
untuk tujuan bergambar.
Gordon, yang bekerja sebagai guru tadika, menjelaskan hubungan cinta dengan beg itu menjadi rasmi beberapa bulan kemudian pada November 2015.
Gordon mencium suaminya. - Kredit foto: Mirror.com
Setelah beberapa tahun bercinta, akhirnya dia
mengambil keputusan untuk berkahwin dengan beg tersebut.
"Minat saya terhadap semua ini bermula pada usia lapan tahun. Ketika kecil dan awal remaja, saya jatuh cinta dengan tempat-tempat seperti pusat beli-belah baharu di bandar saya. Saya tahu itu salah dan di luar kebiasaan masyarakat. Saya tidak memberitahu sesiapa," cerita wanita berasal dari Moscow, Rusia ini.
Gordon pantang melihat benda atau objek yang berkenan di hatinya sehingga memuji-mujinya secara berlebihan. Malah, dia sanggup menghadap benda atau objek yang disukai sehingga berjam-jam lama dan mampu merasai kehadirannya.
Begitulah penangan cinta daripada benda atau objek terhadap Gordon.
Pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki, namun Gordon tetap menyukai benda atau objek. - Kredit foto: Mirror.com
Semoga kita dijauhi daripada perkara-perkara yang sia-sia ini.
Allah SWT menjadikan manusia itu berpasangan dan daripada jenis yang sama. Maka, berkahwinlah sesama manusia bukannya benda atau haiwan. - KitaReporters