Kredit foto: IG @shinzoabe


JEPUN terkenal sebagai negara antijenayah tetapi apabila bekas Perdana Menteri (PM), Shinzo Abe ditembak mati pada Jumaat, 8 Julai 2022, ia dikatakan cuba 'menyekat' kebangkitan raksasa yang mempunyai kuasa luar biasa untuk memerintah negara itu ketika dalam proses meredakan wabak epidemik Covid-19 yang kini dilaporkan kembali menular.

Ini kerana dalam hikayat dongeng Jepun ada disebut bahawa Yo Kai (Yokai), sekumpulan raksasa yang berkuasa luar biasa akan muncul setiap kali berlakunya wabak. Jadi ada yang percaya bahawa Abe ini adalah keturunan raksasa yang dinamakan sebagai Amabie yang akan muncul sebagai pemerintah luar biasa di negara itu.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan kes pembunuhan


Menurut Wikipedia, raksasa Amabie adalah mitos terkenal Jepun dalam bentuk ikan duyung perempuan atau lelaki, mulutnya bermuncung macam burung, ada tiga kaki atau sirip dan sesetengahnya digambarkan sebagai berkaki tiga yang dikatakan muncul dari laut

Ia meramalkan kejadian musim tuaian yang banyak atau berlakunya wabak atau epidemik dan mengingatkan manusia berlindung daripada penyakit itu

Disebabkan negara matahari terbit itu juga yang terkenal dengan budaya cosplay (pakaian berwatak) dan kemunculan adiwira menerusi watak-watak anime apabila tragedi itu berlaku, maka ada kalangan mereka yang mengaitkannya dengan kejadian  Abe sebagai  'raksasa' yang berusia 170 tahun yang dikatakan akan memerintahkan negara berkenaan.

Malah lukisan mengenai raksasa Amabie atau Amabiko ini dilaporkan ditemui antara tahun 1844 dan 1846.




Mereka yang mengupas teori konspirasi yang sedang viral dalam TikTok, cuba mengaitkan nama Abe itu sebagai 'I Am Abe' yang sama dengan gelaran Amabie.  

Malah ada satu lagi teori konspirasi lain pula mengatakan ada dalam kalangan pemimpin parti Abe yang percaya dengan mitos ini dan cuba mengambil kesempatan untuk meraihkan sokongan.

Abe yang paling lama memerintah Jepun, selama sembilan tahun dibunuh oleh seorang lelaki yang dipercayai pakar dalam kemahiran pertahankan diri dengan menggunakan senapang 'shot gun' buatan sendiri.

Pembunuh itu menggunakan senapang diperbuat daripada batang paip. Dua tembakan dikatakan dilepaskan mengenai belakang Abe yang dilaporkan sedang berucap di Nara, Barat Jepun. Abe dilaporkan meletakkan tangan di dadanya sebelum dia rebah.

Pegawai kanan Parti Demokratik Liberal (LDP) memberitahu kejadian itu berlaku ketika Abe sedang berceramah dalam dalam siri kempen politik. Abe dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital Kashihara di Wilayah Nara.

Abe, 67 tahun, meletakkan jawatannya sebagai PM Jepun pada 2020 selepas penyakit ususnya semakin kronik. Penembak yang berusia dalam lingkungan 40-an kemudian ditahan.




Dia meninggal dunia di hospital selepas lapan minit isterinya, Akie Abe tiba dan dilaporkan bekas perdana menteri itu seakan 'menunggu' untuk bertemu isterinya bagi 'mengucapkan' selamat tinggal. Dia meninggal dunia pada 17.03 waktu Jepun.

Berasal daripada keluarga terhormat, datuk Abe, Nobukuse Kishi adalah perdana menteri negara itu dari 1957 hingga 1960.

Abe juga mengetuai parti LDP yang menang besar dalam pilihan raya sebanyak tiga kali dari 2012, 2014 dan 2017 sehinggalah dia meletakkan jawatannya. Malah Abe menjadi menteri luar yang pertama diterima bertemu bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ketika dia menduduki Rumah Putih.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong mengucapkan takziah kepada keluarga bekas perdana menteri itu.

Kerajaan menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menyampaikan ucapan yang sama mewakili rakyat dan negara. - KitaReporter


12
14
0
16
0

Copy Link: