Video| Dibuang kerja! Dani nekad bawa isteri, 2 anak balik kampung! Jalan kaki beratus kilometer!
Published byDani menunjukkan surat pemberhentian kerjanya. Kredit foto: Tribun Jabar
Dani dan isteri, Masitoh Aninur Lubis bersama dua anak mereka. - Kredit foto: insiden24.com
Dani, 38, dibuang kerja oleh sebuah kilang di Gombong, Jawa Tengah.
Melihat masa depannya yang gelap di kota itu membuat dia nekad membawa isterinya, Masitoh Aninur Lubis, 36, pulang ke kampungnya di Jalan Jalak Harupat, Soreang, Bandung, Jawa Barat, yang terletak kira-kira 280 kilometer jauhnya dari Gombong, untuk mencari rezeki baharu.
Ketika larangan balik kampung dikuat kuasa, tiada perkhidmatan bas antara daerah dijalankan. Tambahan suami isteri ini cuma ada Rp120 ribu (kira-kira RM35) pada tangan.
Kredit foto: Google Map
.
Pasangan suami isteri ini tidak menghiraukan larangan balik kampung yang diumum oleh kerajaan. Dani dan Masitoh terus berjalan untuk dapat balik kampung denggan selamat.
Dengan cuma berselipar lusuh kedua-duanya berjalan bersama anak yag tua, sementara anak kecil digendong secara bergantian menyusuri jalan raya. Dalam sehari mereka dapat berjalan kira-kira 25 hinga 30 kilometer.
Mereka hanya berjalan pada waktu siang. Malam hari mereka berehat di stesen minyak dan mandi. Kerana perjalanan yang memenatkan mereka tidak berpuasa.
Sepanjang perjalanan mereka dibantu oleh orang ramai yang baik hati dengan memberi makan, minum dan sejumlah wang. Perjalanan mereka dapat dipercepat jika ada pemandu yang sedia menumpang ke destinasi tertentu.
Pada Jumaat, tengah hari 7 Mei 2021, pasangan ini ditemui wartawan Tribun News sedang berehat di bawah pokok rendang di tepi Jalan A Yani, Lingkungan Bolenglang, Ciamis, Jawa Barat.
Ketika itu mereka sudah melakukan perjalanan sebanyak 278 kilometer selama enam hari.
Mereka kelihatan letih dan berpakaian lusuh.
“Beginilah setiap hari, kalau terlalu letih terus berehat dan disambung lagi hingga senja,” kata Dani kepada wartawan, Jumaat, 7 Mei 2021.
Pasangan ini mempunyai empat anak. Anak sulung, Eva, 16, belajar di sebuah pesantren. Sementara anak kedua, Ihsan,10, tinggal bersama neneknya di Medan.
Bila penat, keluarga Dani berrehat di tepi jalan di bawah pokok. - Kredit foto: PrianganTimur.com